Monday, July 18, 2011

Mimpi

Happy Kick Ass Monday everyone...Boleh tahan mengantuyk gak aku ari ni. Last weekend aku 1 family balik kampung nak amik barang kat rumah arwah atuk. Kemas ape yang patut, takde ape yang nak diceritakan sangat. Tak mahu nak cerita lebih2 bab ni. Bab2 wasiat and pembahagian harta ni hal orang tua2 je.

Well, lebih kurang 2 minggu lagi nak masuk bulan Ramadhan. Still tak tahu lagi ape aku n family nak meniaga. HAHA!! Rasa mcm malas, tapi abah beriya nak buat lak. Aku layankan je la. Dah lame rasenya tak masuk meniaga bazar ramdhan. Seingat aku last masuk masa form 4 the sejak mama buka nursery takde dah meniaga. Now, da balik mcm dulu kala.

Malam tadi adalah satu malam yang agak susah nak tido, sebab aku da bantai tido di siang hari dalam kereta masa kat highway. Pusing sana, pusing sini x boleh gak nak lelap. Actually bukan nak cerita pasal tido pon. Aku mimpi malam tadi, and mimpi yang agak lain kali ni. Dalam mimpi tu hampir semua yang penah rapat dengan aku dan aku sayang datang depan rumah aku buat BBQ. HAHA!! Kelaka siot. Aku ingin sangat nak mention name diorang, tapi x perlu la. Dari kawan baik aku smpai la ke ex aku sume datang. Pergh!! masa tu memang aku rase teruja,hepi semua ada. Smua yang aku sayang ada dekat denga aku, berbaik baik dengan aku.

Sambil tu plak, aku tengah kenal sorang awek. Manis orangnye. Siap hadiahkan aku baju lagi. HAHA!! tapi dalam masa nak berkenalan rapat ape sume. Tettt!!! ejat Call and dalam pale otak aku pelik mane dia dapat num baru aku.Then terus aku terbangun.

Agak pelik mimpi aku kali ni. Mungkin aku rindu pada dorang yang satu ketika dulu pernah membahagiakan aku. Kini diorang takde dah, sume dah blah tinggalkan aku. Tak tahu ini hanya mainan mimpi atau khayalan yang tersirat. Yang dapat aku simpul mungkin aku rindu. Paling rindu pada dia sebab dalam mimpi tu dia mesra balik dengan aku.~

p/s : Nak masuk 2 bulan aku hilangkan diri.

Wednesday, July 13, 2011

Mendung Awan Kelabu

Last Saturday havoc dengan perhimpunan bersih 2.0 yang dianjur pihak pembangkang, dimana menyusahkan aku dan juga orang ramai. Berapa banyak roadblock aku pun x kire, tapi yang pastinya memang hari tu sumpah seranah gak aku. Habis jammed kat hampir semua jalan menuju ke arah Pusat Bandaraya. Aku yang kebetulan ada job pada ari tu kat Ampang memang terpaksa jugalah tempuh.Kesimpulannya, x salah nak mengekspresikan ketidakpuasan anda secara terbuka di khalayak ramai, tapi janganlah sampai menyusahkan semua pihak dan memalukan negara sendiri. Umpama membuka pekung didada sendiri je aku anggap. We are one big family, macam membuka aib keluarga sendiri. Nampak benor Malaysia x berapa nak aman seperti yang disangka. Well aku x berpihak pada mana2 parti pun sebab aku x minat politik. Bagi aku cukup kau dah laksanakan tugas kau sebagai khalifah dimuka bumi ni, mencuba dan melaknsakan. Terpulang pada pihak mereka untuk sedar atau pun tidak. Akhirat nanti juga ada habuannya. Tak perlulah sampai nak menyusahkan semua orang dan membuat kacau bilau. Enough to say.

Hari ni aku nak story pasal kawan atau sahabat. Aku mempunyai ramai kawan yang tak mahu berterus terang dan mengaku kesalahan apabila berbuat salah. Adakah mulut atau bahasa aku terlalu lancang apabila marah? Aku rasa tidak dan mungkin juga ya. Apa salahnya berterus terang kalau hal tersebut mungkin boleh mendatangkan lagi masalah. Ya, kadangkala kita perlu menipu untuk menjaga hati seseorang, tapi fikir la mana lebih baik atau buruknya. Lebih baik sakit sekarang dari sakit masa hadapan nanti. Aku bercerita ni mungkin ada yang faham, dan bukanlah aku nak baling batu dan menyorok tangan. Mungkin ini je cara yang boleh dia faham kerana dia yang selalu lari dari masalah.

Kita kalau dah berkawan dengan seseorang dalam tempoh yang agak lama pasti faham dengan sifat dan perangai mereka. Seperti jugalah kawan aku seorang ni yang aku paham sangat dah perangainya. Aku diamkan saje lah kerana xnak menambah kusut masalah yang tak terlerai lagi tu. Aku pon tengah banyak masalah nak fikir lagi. So pandai2 la nak setelkan. Kalau mintak tolong, aku cuba tolong.

Minggu lalu jugalah, bertambah lagi masalah aku. Dengan kereta ayahanda aku yang rosak, kereta adinda aku yang eksiden teruk. Keadaan bisnes yang agak suram, masalah dengan pihak perbankan lagi. Banyak yang aku nak pikirkan. Kalau tak cukup atau sejemput iman didada ni memang tumbang dah aku. Kesian pada parent aku, aku bangga mereka tabah menghadapinya.
Enough.

Hari ini 13 Julai 2011, aku buka blog "kau". Dan hampir gugur jantung aku, akhirnya kau pamerkan juga wajah kekasih hati kau yang baru. Tiada apa yang dapat aku katakan sangat. Itu pilihan dan hak kau. Bukanlah aku mengharap kau kembali pada aku cuma aku gembira bercampur perasaan suram sedikit. Aku gembira kerana aku mungkin tidak perlu ambil tahu lagi pasal kau dan aku suram mungkin aku terpaksa membuang terus sekarang segala ingatan aku pada kau. Aku harap kau berbahagia dan aku tidaklah menjadi psycho tidak menerima hakikat kau sudah berpunya.

Aku rindu pada kawan aku yang kecik molek itu, semalam terlihat photo dia teringat kenangan bersama. Jika aku hepi, dialah yang aku cari. Sebab bila dia senyum dan gembira aku senang hati.~

p/s : Dalam hidup manusia ada 3 perkara yang x kan dapat kembali, Masa, Peluang dan Perkataan.

Monday, July 4, 2011

Mood Palat.

Serius tengahari yang baru saja dilalu tadi sampai la sekarang terasa amat palat. Mood aku tiba tiba berubah, dikala lagu Asfan dimainkan aku terbukak plak album2 lame bersama dia dulu. Why la?

Dari dulu sampai sekarang, aku masih lagi x dapat nak melupakan. Haram J betul la!!! Sakit aku macam ni. Dah dekat setahun dah, memang tak boleh nak lupa, tapi nak aku lepaskan ape yang jadi tu susah sungguh. Sebab dari detik tu lah yang hidup aku berubah secara drastiknya. Semua tunggang langgang, aku tak tahu nak aku marah atau sedih atas ape yang berlaku. Yang aku tahu smpai sekarang menghantui fikiran aku neh. Siot!!

Belum dimakbulkan doa yang selalu aku panjatkan pada Tuhan, masih jauh lagi agaknya ujian ni. Tatkala rindu dan dendam bersatu, pedih sangat aku rasa. Rasa tu membuak-buak bagai perut yang sakit sebab makan makanan basi. Membuak nak keluar..hahaha!!!

Lama sangat dah aku pendam, dah takde sape yang paham ape yang aku rase. Blog ni juga yang menjadi teman setia, walau tak boleh berkata-kata tapi sentiasa ada dekat.

Aku banyak lagilah benda lain nak fikir, kenapa kau juga yang datang masuk kepala otak aku. Dah masuk duduk diam2 boleh? x payah nk pasang DVD player nak flash back sweet memoirs kita dulu. Pedih dow!!

Kau? ape kau tahu...tengah sedap berbahagia seperti ini semua tiada kaitan dengan kau. Damn! Nak aku sesalkan tak guna, nak aku keluhkan 1000 kali pun tak kan mengubah apa2. Penulisan aku yang kali ni bagai orang yang x cukup akidah dan iman. Pedulikan!!!

Aku tahu diri aku, ini tempat hanya mengarang luahan. Lama sangat aku pendamkan, sampai makan diri. Bukan aku x ingat tuhan cuma kadangkala aku sesak nafas dengan semua ni. Dan sekali baca mungkin luahan yang agak keperempuanan, hell la!!! Aku peduli ape...Ini blog aku...

Kau yang disana, seringkali aku doakan bertemu kebahagiaan tapi pada masa yang sama hati aku pedih melihat kau bersama insan lain. Dan selalu lah juga aku doa agar dikunci segala nafsu aku pada kau.

Yang paling aku sayang, dan itu jua lah yang makan diri aku balik. Sikit demi sedikit, kau mamah dan menghakis segalanya. Fux!! Dan inilah kali pertama aku mencarut dan berbahasa lebih kasar dalam blog.

Sampai bila aku dapat bertahan? aku tak tahu, jawapan ada pada tuhan. ada pada Allah. Aku manusia biasa, kadangkala pasti tersilap langkah. Tapi ini lah kesilapan aku yang paling benci tapi indah. Menerima, mempercayai dan menyayangi kau. Walau pedih, aku sanggup tahan sebab itu je yang tinggal untuk aku..dari kau.


p/s : Hidup ini memang umpama layang-layang, tinggi kau terbang hanyut lah. Rendah kau melayang, kena over shadow la lu!!!

Dugaan Nya.

Pagi Isnin yang indah, sejuk x payah cakap. Memang terasa sampai ke tulang. Dah memang kalau 120 km/h merembat motor tua aku tu pagi-pagi buta, tahi telinga boleh beku. Badan aku agak lesu hari ni, hasil dari shoot wedding pada sabtu tuh, ditambah dengan berendam beberapa jam di Port Dickson yang dimana aku rasa terbaek sebab dah lama aku x mandi manda mcm tu. Hilang sebentar stress aku bersama dengan air masin tu. Hanyut dibawa ombak, kala itu mencuci-cuci mata melihat keindahan hasil kekuasaan tuhan.

Past 2 weeks, bermacam-macam yang terjadi. Sambil aku menaip pun, 2-3 kali juga mengeluh. Paling aku simpati pada adik aku, kereta pink kesayangannya tu hampir hancur remuk dalam kemalangan. Memang tiada daya aku nak tolong kecuali minta dia bersabar je. Keadaan bisnes pula yang makin merudum kerana kedengkian pesaing-pesaing. Berhadapan pula dengan pihak bank yang tidak putus putus mendesak aku ke jalan yang buntu. Huh, besar sungguh dugaan mu Ya Allah, lepas satu Kau uji lagi satu. Aku redha, dan cuba menghadapinya dengan sebaik mungkin.

Sudah 2 minggu juga la aku menghilangkan diri dari rakan2 dan kenalan aku, termasuk lah kawan2 rapat aku. Aku sendiri tak tahu kenapa aku berbuat begitu, ianya just popped -out dari otak aku.Terus aku buat ape yang patut dan in silence mode. Hakikatnya aku memang merindui mereka dan perlu sokongan dari mereka di saat ini, tapi aku x mahu mereka susah dengan mendengar rintihan aku ni dan aku juga sedar dimana tahap aku pada mereka. Aku tak mengharap.

Ok,otak aku dah blank tiba-tiba yang tadinya penuh idea untu menulis. Aku stop dahulu. Salam.


p/s : 2 minggu yang aku betul2 nampak siapa kawan dan lawan.