Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri

Belum Lagi

Senyap sunyi pagi ini,
bagai ada yang x menentu, xkeruan di hati.
Sesekali terasa pedih dan sakit,
seperti ada luka yang belum pulih.

Nafas ku tak seperti biasa,
tersekat-sekat dan sesekali kencang.
Fikiran ku melayang,
pada satu tempat di dalam memori.
Ye, itu mungkin.

Saat nak aku luahkan pun,
pedih diiring nafas.
Menyingkap kembali cerita dahulu.

Perginya Nur Hidayah tinggal ku sendiri,
pertama kali aku mengenal cinta dalam sunyi.
Datang Nor Khairuniza mengubat duka,
Tapi sayang tiada yang kekal selamanya.

Dek terpaut pandang pertama,
Rozmuzahida ku sayangi,
mungkin tiada tekad dihati,
tiada jodoh hilanglah janji.

Hadir kasihnya Nor Dalila,
mungkin kerana usia setiap insan perlukan cinta,
Tapi paksinya berlandaskan dosa,
jua terkubur tiada bermakna.

Rosmawati indah namanya,
Cuba ku sayang cuba ku cinta,
Sayang hati sudah menjadi gelap gelita.
maafkan diri ku kerana terpaksa.

Bertuahnya rasa Fatin menjelma,
menerima apa jua seadanya.
Kasih dan sayang ikhlas padanya,
tapi juga ketentuan itu bukan hak kita.

Sekali lagi ku cuba jadikannya,
Nor Fazlinda menjadi sebab kuatnya,
Kasih bukan kepalang sayang tidak ku dusta.
Sekali lagi aku hanya mampu mencuba.

Tekad hati dari Noor Erniesya,
Terfikir inilah akhirnya,
Gembira hingga ketahui keluarga.
Tapi hakikat belum lagi hadir masanya.

p/s : Memang wajib berhenti smoking dah ni.

Wednesday, August 24, 2011

Lenyek Abes Bro

Salam,

Hari ni sedang aku blogwalking web2 luar negara, aku jumpe satu satu berita pelik ni. Seorang Datuk Bandar dari Lithuanian sebuah daerah paling besar dari Europe, yang ambil tindakan drastik dengan melenyek kereta sesiapa saja yang parking di tepi jln dengan kereta kebal. Tindakan parking kereta di bahu jalan ni adalah satu kesalahan bkn di sana saje tapi dimana2 negara saja bahkan Malaysia pon. Tambah lagi di bahu jalan tu ada line dan memang ade signboard no parking.

Selalunya kesalahan ni dibuat oleh kereta2 mewah@ orang berada, jadi bila disaman buat acuh x acuh sebab banyak duit xde hal la nak bayar saman kan. Tapi apa perasaan dorang bila kereta dilenyek dengan KERETA KEBAL? hahah!! memang ternganga la...eventhough ko byk duit pon..kompem terkejut beruk...kereta beli juta2 harga abis kena lenyek. Hehe!

" Aku dah muka dengan kereta2 mewah mcm Mercedes,BMW dan Rolls Royce yg sesuke hati mak pak dorang je paking tepi jln, dorang ingat dorang byk duit dorang leh wat sesuka hati?"

"Haha! Padan muka..buat la lagi.!!


"Lepas ni ko nak paking topi jln laei tak?"




Agak2 kan, kalau buat kat Malaysia camni ape jadi? contoh kat Kuala Lumpur la, datang Datuk Bandar KL lenyek kete korang yang x berape nk juta tuh..? Menyesal x gune bhai..haha!! tambah2 kete dah la beli hutang..adessss...

p/s : Janji x buat lagi..haha!!



Hilang



Pertama kali ku terpandang wajahmu,
Aku sedar aku suka padamu.
Bila berbicara denganmu,
Aku lupa aku ingin selalu dengan mu.

Bila kau ada denganku,
Segala susah jadi senang,
Segala suram jadi terang,
Kau sembuh aku.

Kaulah khayalku,
Kaulah warasku.
Senyum tawa mu selalu ku cari,
Asal kau bahagia ku puas hati.

Sekian lama baru ku sedar kembali,
Perasaan pertama hadir dihati,
Ku gelisah, sungguh ku gelisah.

Hubungan kita hanya teman biasa,
Kau aku dan luka lama,
Dosa semalam buat kite jauh berbeza.
Kau yang suci aku pendosa.

Lantas ku hilang,
Menanam,menahan detik ku ini.

Maafkan aku diam membisu,
Tak ku hendak hilang diri mu.
Lantas ku sembunyi hakikat aku cinta pada mu...



Sunday, August 21, 2011

Komen Hafkha : Kebangkitan Berok-Berok

Salam,
Well malam tadi dah layan satu lagi movie, Planet Of The Apes : Rise Of The Apes. Semenjak 2 menjak n i rajin lak aku melayan movie2 baru. Dah mcm xde social life plak duk terperap dlm bilik.OK..enough of that.

Director: Rupert Wyatt Screenwriter: Amanda Silver, Rick Jaffa Starring: James Franco, Freida Pinto, John Lithgow, Brian Cox, Tom Felton, David Oyelowo, Andy Serkis Genre: Action, Adventure, Sci-Fi

Komen aku kali ni, Aku bagi Filem ni Gred A atau 5 bintang, ianya jenis Movie wajib tonton. Permulaan cerita yg menarik dengan susunan jalan cerita, plot dan klimaks yang boleh buat penonton teruja dan menjadi ingin lebih tahu. Siapa yang dah layan filem2 Planet Of The Apes sebelum ni mmg x rugi layan yg ni plak.

Cerita bermula dengan seorang saintis muda yang desperate nak mencari penawar bagi penyakit Alzheimer yg juga penykit bapanya sendiri. Segala ujikaji dilakukan pada beruk2 berkenaan. Sampailah satu hari satu virus penawar untuk penyakit Alzheimer ni berjaya dicipta dan di uji pada seekor beruk. Hasilnya beruk itu menjadi seekor yg agak intelligent, dan mempunyai kelebihan dlm semua hal seperti kekuatan dan naluri yg terlampau protective. Seekor beruk yg dibela oleh saintis itu bernama Caesar mulai berfikir ttg nasib kaum berok2 lain sepertinya yg didera dan dijadi uji kaji. Caesar membuat keputusan memberontak dan mula mengumpul semua spesies monyet2,beruk dan gorila untuk memberontak.
"Kome sume, moh kite jerit rame2."

Cast dlm cite ni ialah mamat "Harry Osbourne" dalam cite Spiderman iaitu anak Goblin. James Franco nama beliau. Selain itu ade gak Freida Pinto dan Joh Lithgow. Well, cerita ni mengajar kita ttg moral value juga. Apabila manusia mulai tamak dan haiwan menjadi mangsa, antara nafsu dan tanggungjawab, konflik dalam membuat pilihan,kejujuran dan banyak lagi lah. Aku dari baring sampai bangun menghadap betul2 skrin ni. Perjalanan cerita mmg best, korang dapat tgok mcm mane sedihnya perasaan berok2 tu digunakan,rintihan dorang dan mcm mane dorang planing untuk memberontak. Dari segi action, cukuplah walau pon xde cam perang2 atau lawan2, cerita ni more to psikologi .So, x rugi lah korang tengok cite ni.

p/s : Kalau tikus makmal pulak memberontak camne ek?

Klik untuk donwload


Komen Hafkha : Koboi Lawan Alien

Salam and hye sume,

Ok, kali ni aku nak komen ttg filem. Ini kali pertama aku komen n review psl filem. File nye adalah Cowboy And Alien.
Cerita ni mengisahkan pada zaman Cowboy, dimana satu tempat tu diserang oleh makhluk asing yang gilakan emas. Emas bagi alien ni mcm satu sumber keperluan untuk dorang. Alien ni juga sambil tu menculik manusia atau penduduk yg ade di kawasan tu untuk dikaji dan kemudian dibunuh. Sorang demi sorang penduduk diculik oleh alien yg creepy tu.

Well, bagi aku filem ni boleh dikategorikan Gred B atau cume 2 bintang je aku boleh bagi. Permulaan cerita yang agak slow tapi ada 2 or 3 scene yang boleh buatkan kita nak tahu ape yg jadi seterusnya. Ada 3 name besar kat Hollywood yang belakon dlm filem ni iaitu Daniel Craig, Harrison Ford dan Olivia Wilde. Dua pelakon utama lelaki ni kta dah tahu la sape dlm cerita James Bond dan Indiana Jones. tentang pelakon wanita pulak, ala..awek yang berlakon dlm cerita Tron tuh. Manishh awek ni..

"muka matured yang cun!"

Ape yang diharapkan dari filem ni tak smpai sgt walaupun ade 3 orang artis top ni.

Yang best :
  1. Wrist Laser Gun yang gila supercool!!
  2. Daniel Craig, Harrison Ford dan adik manisss Olivia Wilde
  3. Zaman Koboi
  4. Ade nilai2 murni walaupun ianya cerita sci fi action( memerlukan penelitian yg dalam)
  5. Happy Ending
Yang tak Best :
  1. Alien tak cukup creepy-fokus kepada alien biasa je
  2. Effect yg x cukup canggih
  3. Cerita yg agak slow
  4. Action yg kurang
  5. 2 - 2 awek hero mati
Aku cume boleh puji bab nilai2 murni je macam scene Kolonel Dollarhyde (Harrison Ford) disedarkan oleh org gajinya sendiri (orang Indian) tentang respect. Kedua, semangat berjuang dan bersatu padu apabila Cowboy bergabung dengan Puak Indian dan Bandits(perompak) untuk hapuskan Alien ni.
"Aku ade laser gun, korang ade?"

Ok,sekian la komen aku ttg filem ni. Maaflah ini kali pertama aku.

p/s :
Klik untuk download

Friday, August 19, 2011

Terima Kasih


Sahabat adalah seseorang yang sentiasa hadir dan ada untuk kita walaupun kita cuba menjauhinya.

Satu Rasa



Sampai bile aku nak menghilangkan diri pon aku xtaw. Kawan2 pon dah mula dapat jejak aku. Ejat pon dah dapat number baru aku. Aku sendiri xtaw ape yg aku buat ni, aku cume rase x sedia nak jmpe mereka semua dan little bit useless aku rase.

"Rasa yang becampur baur dalam satu masa"

Bukan pertama kali aku buat mcm ni. Cume kali ni lebih dari biasa. Aku xtahu la sama ada kehilangna aku ni dirasai kawan2. Klau ade, terima kasih pada mereka yang berasa mcm tu wlau pon ade hajat yg mereka dari aku.

Maafkan aku buat mcm ni. Maybe xde yg phm ape aku rase. Aku hanya ingin hilang buat sementara waktu. Sampai waktunya aku akan kembali. Lagi pun aku rindu mereka.

p/s : Jangan tinggalkan aku sendiri.




Thursday, August 18, 2011

Shopping Raya

Salam,

Sedar x sedar, pejam celik dah tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi nak puasa. Alhamdulillah, setakat ni xde puasa yang aku tinggal dan mengharap la puasa aku diterima Ilahi. Habis puasa dahn tentu syawal yang menjelma. Eventhough aku x rase nak beraya tahun ni, segala persiapan nak menyambut raya dah aku sediakan. Family aku jgn ckp la, complete abes dah. Mama siap buat kuih, beli langsir baru, beli meja baru. Pehh!!

Aku? cukup la sekadar sehelai 2 baju wat2 tambah(konon). Well, weekend yang lepas pusing2 area chowkit and sekitar KL, waktu tu dah pukul 3 pagi and still orang ber shopping..gila dow!! Mmg bantai sampai sahur la agaknye.Lagi pon feel shopping raya ni lain skit, setahun sekali, so rmai la yg x nk lepas peluang.

Oh, ya..Aku on the way bikin Vlog akuyg seterusnya. Tapi kali ni, iklan untuk hari raya pulak. Iklan ni berkonsepkan Aidilfitri dan Merdeka. Aku nak try gabungkan 2 sambutan ni. Jarang2 sekali berlaku mcm ni kan, setahu dalam 30tahun sekali je akan berlaku mcm ni. So tahun ni kite Selamat Merdeka Raya. hehe..So tunggu je lah hasilnya, masih lagi dlm pembikinan.

That's all for this time.Bye!


p/s: Kuih Fevret aku di bulan puasa, Popiah.

Monday, August 15, 2011

Bonus Dah Masuk!!!

Salam,

Alhamdulillah..masuk dah bonus 2011..pegi check akaun bank masing2 okeh..hehe. Itu bermakna cuti Nuzul Quran ni aku boleh andaikan penuh la jalan raya dan pusat beli belah dengan orang melayu dan penjawat awam yang cuti yang duduk di selangor. Shopping!!!

Dicelah2 yang rmai tu pasti ade mama and adik aku dimana aku menjadi mangsa driver mereka. Siap dah book awal2 cakap nak pegi Danau Selasa ni. Owwwhhh...



p/s : Lame x pegang kamera...

Thursday, August 11, 2011

Puasa Budak Darjah 1

Mcm mane pengalaman korang dulu mase berpuasa umur darjah 1.?? haha!! aku teringat balik aku punye pengalaman..kelaka dow..

Layan Vid ni..



p/s : Dah 3 tahun x dapat duit raya XD

Monday, August 8, 2011

Kegilaan

Salam,

Dah masuk ramadhan yang ke 8 dan itu bermakna dah 8 hari aku puasa. Sane sini heboh psl shopping raya, kuih raya, lagu raya..macam-macam la pasal raya. hantu raya je takde.hehe!! Well, bagi aku tak salah pon nak buat persiapan awal untuk raya, tak peduli la biarpun baru hari yang ke 8 puasa. Aku lebih suka macam tu sebab xde la terlalu rush and hasilnya kurang. Contoh kalau nak shopping la, x slh pun nak beli sehelai 2 baju raye mulai skarang. Dapat yang berkualiti dengan harga yang ok.

Orang Melayu skang pun da pandai, semua buat persiapan awal. Siap awal x la bermakne last2 minit punye thrill dilepaskan..still lagi boleh pegi menikmati suasana contohnya malam raya. Seronok wehh!! Disamping tu dapat gak tambah2 barang raya dengan harga yang lelong. Hehe!!
Aku dah shopp awal2 lagi. Tinggal nak tunggu kemuncak malam raya je.haha!!

Merujuk pada tajuk blog aku yang lain mcam tu,semuanya pasal Vlog. Kegilaan aku kini tertumpu pda Vlog. Sampai bengkak2 mata aku menghadap komputer je nak edit video2 Vlog. haha!! Gila kan?

Well, aku suka..Vlog ni buat aku lebih banyak memerah otak dari biasa, bagaimana nak menjadi lebih kreatif memanipulasi Video Vlog sendiri menjadi cantik. Disamping tu menyediakan skrip, jalan cerita, sound effect dan banyak lagi la. Memang banyak effort yang diperlukan, bukan tu aje, kena plak sediakn alatannya mcm webcam, microphone dan software editing. Dah ade semua tu kena pulak pandai berlakon skit. haha!!

Yes maybe boleh bercakap je mcm robot, but c'mon la..kompem mengantuk lau aku sendiri pon tgok..kan3? Ape pon memang ini la yg aku gila skang. Ini tgh on the way buat Vlog 003 dan Iklan Merdeka Raya punya storyboard. Rasanya balik ni dah boleh shoot.hehe!!

Adanya Vlog ni bukanlah bermakna aku akan berhenti menaip, cuma ini nak menambah dan mencuba benda baru. Lagi pon nak hasilkan sebuah Vlog Video makan masa. XD


p/s : Aku nampak usaha Mawar mencari kehilangan aku XD

Sunday, August 7, 2011

Meet Mr. Box

Lumrah Manusia

Introduction Vlog

Salam XD..

Akhirnya..da siap pun Vlog aku yg pertama..afther this semua Vlog aku akn embed dlm blog aku yang ni..Eventhough xde org nak tgok..aku x kisah..sebab ianya satu kepuasan bagi aku..sebab aku dah mencuba satu lagi benda baru dlm hidup aku.

p/s : Aku malu seh lau ade org tgok..haha!!


Friday, August 5, 2011

Vlog Blog

Ditengah malam ni, aku menaip menyampaikan idea baru untuk next projek.~

VLOG! Satu benda yang baru bagi aku. Macam blog cume lebih byk effort yang perlu diletakkan dalamnya seperti suara,video rakaman,skrip dan jalan cerita.

Aku xnk cite byk2 sgt. tunggu je la Vlog aku yang pertama nanti.


p/s : Learning new thing make me forgetting "old things".

Thursday, August 4, 2011

Tangisan

Dah 4 Ramadhan dah. Alhamdulillah..aku masih lagi mampu menunaikannya. Cuma tahun ni energy aku x seperti dikala muda2 dulu (macam da tua sgt). Selalu lesu, mungkin sebab faktor ketagihan nikotin yg diperlukan badan.

Aku teringat pada tahun2 yg sebelum ini. Kalau tiba bulan puasa, dah tentu akan aku bincang dgn kwn2 yg rapat untuk gather berbuka puasa ramai2. Tapi tahun ni mungkin tanpa kelibat aku. Rindu? jangan katalah..kompem la aku rindu2 kwn2 aku tu. Rindu Giler!! dah dekat 3 bulan aku x contact dorang. Yang paling aku terasa dengan yg aku slalu contact la.

Mungkin juga sebab itu aku sekali lagi mimpi malam tadi. Setelah datangnya mimpi yang malam tadi, aku dah buat satu kesimpulan atas semua mimpi2 aku sebelum ni. Aku akan mimpi ape yang ingin aku tengok, lebih kurang macam ape yang aku harap akan jadi di masa depan la.

Mimpi malam tadi? Kelakar atau Serius aku sendiri x dapat nak terjemahkannya. Tapi yang pastinya dalam mimpi itu aku rasa bahagia. Gila x gila la kan, Seseorang yang dah lama aku suka,sayang dan rapat menangis sebab aku. Alahai sweetnya moment tuh. Kenapa dia menangis? Yela da lama aku x contact dia, then bila terjumpa aku leh wat endah x endah dlm mimpi tu. Hahahaha!! Macam drama bhai!! Berair la mata budak tu, aku plak yang lemah tgok tangisan ni pegi la pujuk balik menenangkan hati dia. Ada lagi yang terjadi pastu, cuma aku x tertaip kat cni,biar la aku dan Tuhan je yang tahu. Itu mmg saat indah eventhough it just a dream.

Agak2 klau betul berlaku boleh ke? Aku jawab tak mungkin, kerna aku sedar dimana letak diri aku dan dimana berdirinya dia. Dia lebih layak menerima seseorang yang lebih bagus. Cukup aku seorang je yang tahu, dan jika diizinkan tuhan dia akan tahu jua. Aku x mahu nak rosakkan apa2 antara kami...

p/s : ada ke kawan2 aku yang rindu kat aku..?

Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan

Tarikh yang amat bermakna bagi semua orang mukmin, Bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan keberkatan, bulan menghapus dosa dan banyak lagi syafaat bulan Ramadhan ni. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak aku ucapkan pada kawan2 yang mengenali aku dan seluruh umat Islam. eventhough kawan2 aku mungkin xtahu url blog aku yang baru ni aku still nak wish gak, sebab tiap2 tahun dah menjadi kebiasaan aku wish pada dorang melalui SMS atau blog. Cume tahun ini tiada perkhabaran buat mereka dari aku.

Aku? masih macam biasa. Ramadhan ini, mengharapkan sinar baru kembali bercahaya dalam hati ku ini dan terus kekal. Aku rindu cahaya itu, dengan terang suam yang diberi membuat jiwa aku sentiasa tenang dan aman.

Coretan aku pada pagi ini, bukanlah sekadar suka-suka. Tapi melepaskan apa yang terbuku dihati subuh tadi. Pada bulan yang mulia ini lah, aku berhempas pulas melepas kan diri dari cengkaman jiwa yang luka.(bapak poyo ayat). Bulan ini lah aku struggle cuba melupakan ape yang berlaku antara aku dan dia selepas apa yang terjadi antara kami. Sedar x sedar cukup setahun dah perkara itu yang aku anggap paling tragik dalam hidup aku setakat ni.

Semuanya bermula malam tadi dalam mimpi aku. Aku tak tahu kenapa setiap perkara yang berlaku dalam hidup aku selalunya masuk dalam mimpi. Nak dikatakan aku terfikir pada dia x gak, tapi aku teringat pas tu. Ini 1 Ramadhan dan kebetulan bulan yang sama perkara itu terjadi. Dia hadir dalam mimpi aku memberikan senyumannya yang cukup aku puja dan menambah lagi resah kat hati aku ni. Tak nak la aku full story apa yang berlaku dalam mimpi tu. Cume dia kembali pada aku. Sesuatu yang x mungkin akan berlaku.

Bulan ini, tahun ini masih aku cuba melepaskan diri dari belenggu ni. Moga Allah s.w.t ampunkan dosa2 aku dan diberi kekuatan untuk terus sujud kepada Nya.

p/s : Transfomasi sedang berlaku.