Wednesday, February 29, 2012

Sakit la!

Semalam duk aku layan video kat YouTube, ternampak vid Ust Azhar Idrus. Tajuk istiqarah, aku pun layan la.

At the beginning, video tu takde ape sgt pon, just common thing yg kita semua tahu tentang istiqarah ni orang selalu watpe. JODOH.

Bila sampai time hujung2 video tu, satu yang buat aku sentap, sentak sume ade la.

" Istiqarah ni lagu ni, petunjuk datang,,klau kita ingat kat hok orang puang(perempuan) tu kita tenang..tu jodoh yang baik, tapi lau kita dok ingat..tapi kusut kepala..itu bukan jodoh yang baik"

Something like that la..aku terus terpikir..ade betulnya.
Dan adakah dia yang aku tunggu smpai sakit2 kepala aku, kusut masai fikiran aku bukan yang terbaik buat aku? Wallahualam.

Aku masih lagi berdoa mcm biasa.

Wednesday, February 22, 2012

Sanah Helwah Sahabatku


Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-25 aku ucapkan pada kawan baik aku sorang ni, Noorizzati bt Buharan Nordin. Semoga kau menjadi insan yang lebih baik, diberi kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Tiba2 tahun ni punye post wish aku tak tahu nak taip ape plak. Tapi gagahkan juga memaksa otak berfikir. Aku mintak maaf ye pada kau jika ada salah dan silap aku sepanjang kita berkawan. (cam hari raya lak). Aku janji kalau aku kena tinggal lagi aku tak cari kau dah. Aku banyak susahkan kau kan.
Aku selalu terlepas cakap dengan kau, buat kau sakit hati dengan aku, tapi aku takde niat pon. Sori eh.

Di hari kelahiran kau ni, moga2 kau menjadi lebih matang dan dapat ape yang kau nak. InsyaAllah aku selalu doakan kau. Walau ape pon jadi, kau tetap kawan aku, biar baik walaupun buruk. Aku tak pernah lupakan kau.

Terima kasih selama ni banyak tolong aku. Terima kasih atas segalanya.

Aku mintak maaf kalau takde hadiah nak bagi, maaf kalau takde sambutan aku nak buatkan. Aku hadiahkan doa je la.

Tuesday, February 21, 2012

Entah

Tinggal lagi 5 hari, dan selepas habis lah sudah. 5 hari macam 5 tahun lak rasanya menunggu. Lame sungguh. Kan best ada Doraemon tolong. Hoho!

Kawan aku pernah berkata, " Sayang diri kau pulak la..asyik sayang orang lain je..tak letih ke?".

Aku letih nak ubah ada la.

hahahahaha!

Thursday, February 9, 2012

Kaku

Aku dah boleh simpan semuanya dalam peti, letak dalam-dalam. Kunci elok-elok. Malam ni xlena tido la aku, jangan sambung malam-malam seterusnya sekali dah la.

Go On..

Wednesday, February 1, 2012

Lelah


Alhamdulillah 3 hari aku dah aku tak merokok, Syukur sangat2 diberi ketahanan dibandingkan usaha sebelum ni yang tak sampai sehari aku dah gagal. Aku harap ianya berterusan sehingga aku betul2 hilang ketagihan merokok.

Tak dapat nak nafi, memang lain macam badan aku rasa, lemah dan lesu sangat. Kepala otak aku berdenyut-denyut, ditambah lagi selepas makan memang mintak sap kok lu! Hanya chewing gum yang aku ada untuk hilang ketagihan ni. Dada pula ada kala macam kena cucuk jarum, mungkin ianya kesan2 sementara. Moga2 kuat semangat aku.

Aku berada dalam keadaan yang menghitung hari, menunggu sesuatu persoalan untuk terjawap. Aku juga menunggu satu hari istimewa yang mama aku kira adalah hari terbaik. Entah kenapa dalam kotak fikiran, aku telah setkan hanya sehingga itu aku mampu bertahan. Bertahan...


Aku bagai lelah, semput, asma dan sebagainya lagi. Tidak cukup nafas aku, menahan rindu yang belum pernah aku rasa kan sebelum ini. Tempoh ini, mungkin juga terungkai siapa aku, siapa dia...

Dalam jurang masa ini, mungkin terjawab apa yang aku cari, apa yang aku nanti. Tapi tidaklah aku menunggu bodoh, setipa masa tidak kering mulut ku dengan doa memohon kepada Nya.

Allah berfirman : Barangsiapa yang berdo’a kepada-ku, pasti akan ku-kabulkan, dan siapa yang memohon kepada-ku, pasti akan ku-beri,dan siapa yang mohon ampun kepada-ku pasti akan ku ampuni”. (HR.Bukhari, Muslim, Maliki, Tirmidzi )

Blog Jiwa Jiwa: Orang Yang Menyintai Kamu

Blog Jiwa Jiwa: Orang Yang Menyintai Kamu: Pernahkah kita bertanya, di mana ada nilai erti kasih yang telah bersemi? Dan hadirnya adakah sekadar mengisi ruang ruang kekosongan atau se...