Monday, March 26, 2012

Selamat Hari Jadi Hafkha

Alhamdulillah, 25 tahun sudah aku hidup di dunia ni. Aku bersyukur masih sihat dan ada keluarga di samping aku. Tahun ni tiada celebration atau ape pun, cuma aku dengan family sambut beday adik bongsu aku skali sbb tarikh beday kami beza satu ari je.

Tahun ni lebih banyak yang aku belajar, semakin tua makin banyak yang aku tempuhi dan perolehi. Aku belajar menjadi semakin matang dan rasional. Aku belajar membuang segala sifat2 negatif aku. Aku belajar menerima hakikat dan kekecewaan dengan lebih tenang.

Tahun ni juga aku mulakn lagi satu bisnes yang baru dengan harapan untuk berjaya. InsyaAllah.

Dan seperti tahun2 sebelum ni, KKS aku tak pernah ingat pon tarikh beay aku ni. Tapi xpe..aku x pernah amik hati. Izzati pon x pernah wish dan ingat, semalam pon aku tetunggu2 juga kot2 ade wish dari dia. Tapi takde pon...hehe. Its oke.

Siapa lah aku pada mereka pon nak suruh dorang ingat, aku bukan Sultan Selangor..hehe.

Menyedari umur aku sudah 25 tahun, aku tak dapat hadiah ape pon..haha!!

p/s : Yang ditunggu2 tak jua kesampaian.

Tuesday, March 13, 2012

Jurnal

Pagi yang agak mengantuk. Ricky punya hal, dia angkut aku sampai ke Pavillion semata2 nak tengok wayang bersama skandal2 nya. Damn! jauh...i hate KL. Jem lah! Memang lewat la balik semalam, da tengok movies balik mesti kena makan kasi kenyang perut. Sampai rumah around 1.30 am, dan tiba2...alien betul la! Aku tak boleh tidor walau pon mengantuk dan penat. Mata tak mahu nak pejam. T_T

Semalam melayan cite John Carter, leh tahan la. Cume ceritanya aku dah boleh agak and duration agak lama, 2 jam setengah oke. Satu benda yg menarik minat aku dalam cite itu ialah jurnal. Aku teringat pernah satu masa dulu aku dulu pernah ada jurnal peribadi, sort of diary..lebih kurang. (cam perempuan kan aku). Aku rasa ini terikot2 perangai arwah atok aku la ni, sebab bile arwah dah takde baru lah kami jumpe all the diaries. So kuah tumpah ke nasi, aku ada perangai mcm tu. Suka meluahkan sesuatu dalam tulisan.

Tapi jurnal dia ats buku agak "lame" pada abad ini. So gua ade blog! hahahahaha! Tapi sebenarnya seronok lagi pakai buku. Everytime terjadi ape2 terus tulis. Terpikir juga nak buat balik tapi tulisan aku tak lawo! hahaha!!

Aku pernah try buat dlm Handphone, dan bile phone tu aku jual ie member aku.Damn! kantoi dia bace! hahahahahahah!!Ok enough.


p/s : Lalu One Utama semalam buat aku tertanya2 khabar dia.

Monday, March 12, 2012

Penat

Aku tidak berharap menjadi orang yang penting dalam hidupmu, kerana itu permintaan yang besar bagiku, Aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau melihatku..Kau akan tersenyum melihatku..Dan berkata...
" Dialah orang yang selalu menyayangiku."


Boleh tak aku kata mcm ni? Aku rindu..

Thursday, March 8, 2012

Best lah!

Esok mama aku nak gerak dah ke Mekah. Aku tak bg tahu lagi hajat aku. Tiba2 terasa segan pulak. hahahahah!! Siot, malu dow! haha! Best lah mama dapat pergi, entah bila aku plak nak pergi.

Best lah kau hafkha! sejak tak berapa nak merokok ni, bertambah -tambah lemak kau, besar betul badan kau kan. Takde rokok, makanan yang kau cari, asyik nak mengunyah je.. Bila stress makan kau bertambah2 kan..best betul..

Best lah kau hafkha! Dah 2 minggu kau tak pegi Gym, sampai kawan2 kau tanya, apahal kau tak pergi. Best betul..naik kan badan kau kan? padan muka!

Kau memang best la hafkha! best sangat..
Kau nak rindu2 org ..orang tu rindu kau ke? T_T

Friday, March 2, 2012

Coretan Khas Pagi Jumaat


Wahai kesayanganku,

Aku tahu dihati ini ramai yang pernah hadir,
tapi tiada yang pernah buat aku ingin dekat dengan Ilahi.
Kau bukanlah cinta pertama yang aku rasa,
tapi cinta mu buat aku rasa ingin sampai ke Jannah bersama dengan mu.

Maafkanlah aku kerana silamku yang suram,
manusia yang tidak pernah lari membuat kesilapan.
bicaralah tentang kini kau dan aku,
sedaya upaya akan ku warnakan.

Wahai kesayanganku,

Tak pernah aku berpaling darimu,
walau kau selalu jauh dariku.
jangan biar aku menabur janji,
tapi izinkan aku melaksanakanya.

Aku ingin bersama dirimu,
kerana aku sayang kamu.

Umrah dan Emosional


Minggu depan mama aku da nak bergerak ke Tanah Suci, nak menunanikan umrah. Abah aku payung kali ni. Best la...aku yang berhajat nak pergi, mama yang dapat..hehe.

Sambil mama kat sane tu, aku mengambil kesempatan suruh mama doa kan sesuatu untuk aku.

Woah! awal gila upate hari ni,kenapa? sebab aku datang awal gile hari ni. Hari Jumaat yang penu keberkatan. Penghulu segala hari.

Hari ni, aku nak karang sedikit tentang emosional atau lebih disebut EMO. Ade beberapa orang kawan, sering mengatakan aku ni emo. Kalau ade masalah aku akan hilang, aku akan tutup akaun Facebook.

Hmm..dah bertahun berkawan, nampaknya dorang masih tak mengenali aku. Itu cara aku, cara aku mengendali stress aku. Aku akan hilang dari pandangan ramai dan pergi ke suatu sudut dan menenangkan diri sehingga aku betul2 rileks. Ye, aku akui dalam tempoh itu memang susah nak cari aku.

Tapi adakah itu bermaksud aku EMO?Hanya kerana itu cara aku, aku dipanggil begitu.
Sesiapa saja yang ada masalah, pasti ada cara sendiri kan? Ada yang update blog, status FB, malas nak layan orang, marah tak tentu pasal. Well, ini cara aku, dari aku menyusahkan orang lain..baik aku selesaikan diri sendiri.

Bila aku dah kembali tenang, aku kembali dengan lebih baik kan?Aku tak pernah tunjuk depan mereka semua aku tengah sedih bila berada dengan mereka. Hormati cara aku.

Ramai yang tak tahu membezakan perasaan emosi ni.