Monday, February 18, 2013

Maaf

Terkadang aku lupa..
dalam aku kata aku hendak berubah aku juga masih boleh terbabas,
jadi tegurlah aku, nasihatilah aku..
jangan lelah membantu, jangan cepat menghukum..

Terkadang aku lupa..
aku kata, aku ingin menjadi yang lebih baik,
tapi diri ini masih mengumpul dosa..
hati tak kuat, iman ku rapuh.

Setiap kali aku leka dibuai khayalan dunia,
aku lupa bahawa dunia bukan kekal abadi,
akhirat itu pasti dan hisab itu menanti.

Aku lupa menjadi seorang yang lebih baik,
bantulah aku, ingatkan aku.


Thursday, January 3, 2013

Bismillah...

Cliche kalau nak aku katakan lama x singgah dan menconteng di blog ni.. Ya..mmg da lama x menaip disini kerana aku lupa aku ada blog..aku lupa kerana aku malas..aku malas kerana aku sedang bahagia.. Alhamdulillah.

hehe..

Well..dah masuk tahun baru 2013..dan aku tiba tiba terpanggil nak ber blog balik. Bukan lah sebab kusut atau sedih sokmo..tapi aku rindu. Rindu nak berbetah dengan blog sendiri, rindu nak berborak dengan blog sendiri seakan akan ada yang melayan dan join sekali berborak.

Blog tahun ini tak mahu lah sangat aku masuk kan soal hati dah. Letih dan malu rasanya dan aku telah deletekan beberapa post sebelum. haha!! Mungkin faktor usia buat aku makin sedar tiada guna semua tersebut. Lagi pun aku dah dapat konsep penulisan yang terbaru. Lepas ni boleh la start.