Sunday, January 29, 2012

Soalan



Andai kau bertanya,
kenapa aku mencintai kau?

Tiada pujian menggunung aku boleh beri,
tiada puitis syahdu boleh aku karangkan.

Aku cinta kan kau kerana Dia.

Setiap kali aku labuhkan rindu aku pada mu,
semakin kuat rindu aku pada Dia.

Setiap kali aku pahatkan cinta pada mu,
semakin kuat cinta aku pada Dia.

Kau buat aku makin kuat mengingati Dia.
Kau buat aku makin kuat mencintai Dia.

Bila aku rindu pada mu,
aku duduk di sejadahku memuji Dia.
aku beritahu pada Dia tentang rasa rindu ku.

Bilamana kau melupakan dan menjauhiku,
aku tadahkan tangan pada Dia mendoakan mu,
aku luahkan rasa hati agar Dia permudahkan urusan aku.
aku hajatkan agar kau rasa rindu dan cintaku.

Aku ingin menjadi lebih baik,
Di jalan Nya, di sisi mu.
Insya Allah.

Wednesday, January 11, 2012

Terima Kasih Mawar

Lepas Garib tadi, aku call mawar dan aku luahkan segala yang terbuku. Lega rasanya ada yang sudi mendengar, terima kasih Mawar.Kau la sahabat sejati aku, sudi mendengar ketika memerlukan.

Habis aku keluarkan apa yang aku rasa petang tadi. Sebelum luah tadi, peritnya aku rasa, macam mintak nyawa. Segala apa buat tak kena,tak lalu makan rasanya.

Malam yang ke - 6, moga2 diberi petunjuk yang lebih jelas dan jika tidak, tinggallah malam esok. Jika selepas malam esok, masih yang sama. Aku nekad untuk berhenti berusaha, Allah Taala dah tentukan itulah jawapannya petang tadi.

Sabar, itulah yang menjadi tekad hati aku untuk 7 hari ni. Tak jemu berdoa agar jawapan yang diberi lebih jelas.

Sunday, January 8, 2012

Jodoh


Lately, hati aku macam ni la, dilanda kekusutan tentang persoalan jodoh ni, aku rasa dah banyak dah entry aku berkaitan dengan hal ni je. Kalau ada orang yang baca, mesti jemu gila. haha!! Izinkan lahaku melewati perasaan di blog sendiri, nama pun dah blog aku. Aku tulis lah apa yang aku tengah rasa dan fikir.

Jodoh? Ya, memang itu ketentuan Allah, tapi sebelum ketentuan itu, kita ada usaha , doa dan barulah tawakalkan.? Jangan mudah menyerah, selagi ada kudrat, usahalah dan berdoalah, selebihnya kita tawakal kepada Allah s.w.t.

Sebut pasal jodoh, sudah tentu berkaitan dengan cinta. Cinta bagi aku perasaan yang hadir dari Allah, ianya satu nikmat. Jadi bila2 masa saja Allah boleh tarik Nya kembali.

Ya, aku pernah bercinta dan pernah kehilangan. Kalau nak diikutkan lifestyle aku dulu, ramai juga ex aku, tapi tu la semua tak berkekalan.

Maafkan aku jatuh hati padamu.


Lama juga aku memendam perasaan ni, aku jatuh hati pada seorang gadis. Pertama kali melihat, aku terus jatuh hati. Tapi aku diamkan saja, tiada keyakinan untuk aku luahkan padanya atas sebab2 tertentu. Kira aku ni secret admirer juga lah kan?

Segala rasa, cetusan hati untuk dia, aku bagi tahu pada Allah agar didekatkan jodoh aku dengannya.Insya Allah

Friday, January 6, 2012

Header Baru

Simple kan header baru aku? comel je aku, hahahaha!! baru lepas berkongsi ape yang terbuku dengan slh seorang kawan baik aku.Alhamdulillah, lega sikit rasanya, terima kasih ida. Esok hari minggu, tapi kali ni aku decide tak mahu keluar kemana2. Dah lame x berehat hari minggu, nak bandingkan tahun lepas hujung minggu aku penuh dengan akvtiviti

Lama tak melayan Tv dengan famili, kalu aku xlayan pc, mesti keluar dengan kawan2 tak pon memancing. Masa bersama famili itu penting, baru lah boleh hidup bekeluarga. hehe!!

p/s : Teringat zaman kecil2 dulu..seronok.

Penantian


Aku bangun subuh tadi dengan sedikit perasaan hampa. Memang benarlah kata orang, penantian itu suatu penyiksaan. Jawapan yang aku tunggu2 tak kunjung tiba, tapi takpe aku akan sabar menanti sehingga bertemu dengan jawapan yang aku cari.

Alhamdulillah, sedikit ketenangan yang aku perolehi. Walau pun tiada senyuman yang terukir di pagi Jumu'ah ini, aku tetap bersyukur. Sungguh besar kaifiat zikir mu Ya Rabbi.

Menanti sebuah jawapan ni, memerlukan kesabaran yang padu.

Thursday, January 5, 2012

Cemburu

Alhamdullah, sepupu aku baru saja melahirkan seorang anak perempuan pukul 9.45 mlm td. tahniah kepada Alif dan Nadia, masing2 dah jadi ibu bapa, moga murah rezeki dan selamat menempuh satu lagi alam. Alam ibubapa.

Mendengar perkhabaran baik itu, membuat - buak rasa cemburu aku, buakan saja baru ini malah sebelum ini lagi apabila kawan2 aku juga mulai menimang cahaya mata. Cemburu sungguh aku mereka dapat mejadi ibu bapa, dpat melayan teletah si kecil. Perasaan aku pula terlayan-layan seperti lagu Adele-Rolling in The Deep.

Bila ? Itu satu persoalan yang aku tidak boleh jawab. Aku ingin anak sendiri atau sudah gatal nak berbini? keh3!!! Aku harap malam ini juga ditunjukkan jalannya. Moga2 Allah s.w.t makbulkan apa yang aku hajatkan.

Jika tiadalah ketemukan semuanya itu, cukuplah diberikan ketenangan jiwa. Bila hati ku tenang, moga2 ada yang baik akan datang. Aku rindu ketenangan dari Mu Ya Allah.

Menghela nafas sekata dengan lafaz bismillah..

Kesabaran dan Penenang Hati.


Jam baru saja pukul 3.45 petang, lambat pula kali ni masa berlalu. Aku tidak sabar untuk pulang ke rumah. Perut aku kosong, kebarangkalian yang tepat untuk aku pulang cepat. Pedih pula rasanya, sempit dada aku. Pagi tadi hany sempat menjamah mee goreng di kedai.

Mendengar alunan zikir penenang hati di Youtube, buat aku rase tenang. Aku tidak sabar menanti hingga malam nanti. Isthikarah yang aku cari, aku memerlukannya agar lepas sesak di dada aku ni.

Seiring dengan nafas, alunan zikir ni sekali sekala menyebakkan hati aku. Sedar akan kekurangan diri, kecil nya amalan selama ini. Aku ingin menangis, tapi aku malu. Malu atas dosa2 lampau.

Aku teringat dikala aku ditimpa kesesakan,DIA lah tempat aku mengadu. Bibir ini tidak lekang berzikir mengingati DIA. Alhamdulillah, DIA berikan aku ketenangan dalam kesabaran aku meminta kepada NYA.