Showing posts with label Aku dan Kawan. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Kawan. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Sanah Helwah Sahabatku


Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-25 aku ucapkan pada kawan baik aku sorang ni, Noorizzati bt Buharan Nordin. Semoga kau menjadi insan yang lebih baik, diberi kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Tiba2 tahun ni punye post wish aku tak tahu nak taip ape plak. Tapi gagahkan juga memaksa otak berfikir. Aku mintak maaf ye pada kau jika ada salah dan silap aku sepanjang kita berkawan. (cam hari raya lak). Aku janji kalau aku kena tinggal lagi aku tak cari kau dah. Aku banyak susahkan kau kan.
Aku selalu terlepas cakap dengan kau, buat kau sakit hati dengan aku, tapi aku takde niat pon. Sori eh.

Di hari kelahiran kau ni, moga2 kau menjadi lebih matang dan dapat ape yang kau nak. InsyaAllah aku selalu doakan kau. Walau ape pon jadi, kau tetap kawan aku, biar baik walaupun buruk. Aku tak pernah lupakan kau.

Terima kasih selama ni banyak tolong aku. Terima kasih atas segalanya.

Aku mintak maaf kalau takde hadiah nak bagi, maaf kalau takde sambutan aku nak buatkan. Aku hadiahkan doa je la.

Tuesday, January 3, 2012

Permulaan Tahun Baru 2012

Lama juga aku tinggalkan blog ni, kalau blog ni rumah dah tentu bersawang dah. hehe! Anyway Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua. Sudah tentu bila masuk tahun baru ada lah azam baru kan? Untuk aku azam tahun ni tidaklah banyak, cuma ada dua je, yang lain2 cuma sambung azam lama yang belum tercapai lagi.

So berkenaan dengan 2 azam baru aku.Firstly, aku ingin menjadi seorang yang lebih baik dari tahun2 yang lepas. Aku ingin cuba jadi yang terbaik untuk family aku dan diri aku sendiri.

Second, aku nak kumpul duit untuk menamatkan zaman bujang aku.Of course kawen! Jika diizinkan Allah,aku ingin melamar seseorang dan jika ada jodoh. Alhamdulillah. Mama aku pon akn pergi umrah pada Mac ni, so aku mintak mama aku doa sket tuk anak bujang die ni.hehe!

Well, permulaan tahun baru aku kali ini dihiasi dengan memori yang indah bersama kawan2 aku. Aku bersama izzati,arlina,haziq,lela dan eqa bercuti ke Pulau Pangkor.Bagi aku itu adalah permulaan tahun baru yang tidak dapat aku lupakan selamanya. Teruk aku kena dengan dorang,hehe! tapi takpe, aku hepi.Terima kasih pada dorang.



Pada hari terakhir percutian,sudah tentu bila berjumpa pasti ada perpisahan. Aku sebak sebenarnya, tapi aku sorokkan. Tak terkata rasanya, tak terluah aku nk cakap betapa aku sayang pada kawan2 aku. Aku mengenangkan mereka yang selepas ini ada hidup masing2, mengejar impian dan sudah tentu tidak boleh berada didepan mata aku selamanya.Biasalah, bila berjauhan barulah ada rindu.

Izzati pula sudah habis belajar,dan akan mula bekerja di damansara.Pergi lagi seorang kawan yg aku sayang tinggalkan aku. Sudah tentu susah nak jumpe dia lagi pasni. Tinggal aku sorang2 kat sini. hehe!All the best untuk dia.

Well then, cukupa lah rasanya posting untuk kali ni.Aku pon lepas ni akan update blog aku selalu walau pon xde orang nak bace. haha!


Saturday, November 19, 2011

Just Another Update 2

Makin lama makin malas aku nak menjenguk kan diri ke blog sendiri untuk update. Tapi aku gagahkan juga, sayang pula rasanya nak ditingggalkan macam tu je. Minggu lepas aku dan kawan-kawan hadir pada Majlis Perkahwinan Nur dan pasangannya. Salah seorang kawan baik aku kan, so rasa rugi kalau aku tak pergi.

Lepas seorang, seorang lagi menamatkan zaman bujang mereka. Kadangkala ada juga rasa cemburu melihat kebahagiaan mereka tu. Tapi masa untuk aku masih belum lagi sampai. hehe... Ada juga kawan-kawan yg dah sedia untuk menimang cahaya mata. Makin bertambah rasa cemburu tu. Aku teringin juga nak mempunyai anak..haha!

Ini semua gara-gara mama dah mula balik membela anak kawan dia, ada seorang baby. Alahai comelnya, bila aku balik dari kerja terus dia lah yang aku cari. Hilang segala penat dan masalah di tempat kerja hanya dengan melihat senyuman bayi suci.

Sejak dari azali memang aku menyukai budak2, melayan kerenah dan telatah mereka sekali sekala boleh buat hati rasa senang. Aku ada terfikir, bila aku dah mula berperangai mcm ni, adakah aku sudah sedia untuk berumah tangga. Tapi apabila difikirkan balik dalam dalam, mungkin belum.

Ya, dalam Islam itu perkahwinan bukan la sukar untuk dilaksanakan. Tapi dalam zaman yang serba mencabar ini, perkahwinan menjadi sesuatu yang sukar untuk dipertahankan. Melihat statistik pasangan muda becerai-berai buat aku kadang2 takut juga apa yang akan menimpa.

Woooo..jauh dah gua pegi ni, hehe...

Apa2 pun Selamat Pengantin Baru Tasmaun dan Nurhamidah. Sempga berkekalan :)



p/s : Rindu masa belajar

Friday, September 30, 2011

Selamat Hari Jadi Nur



Salam,

Pada 28 September 2011 yang lalu genaplah 24 tahun usia seorang lagi KKS aku iaitu Nurhamidah bt Rahim. Dia juga aku kenal waktu belajar di poli, seorang yg easy going, baik dan cun!(kompem kembang)

Setakat yg aku kenal dia, seorang kawan dan anak yang baik, tidak mudah melatah tapi selalu blur.hehe..Aku banyak juga mengadu domba dengan dia, tapi sejak dia da bertunang ni aku kurangkan. Dia perlu layan laki dia pulak.haha.

Tahun ni juga, dia akan melansungkan perkahwinan dia dengan tunang tersayang, Tasmaun. Aku doakan moga dia dan tunang pjg umur, murah rezeki, berjaya dalam hidup serta bahagia dalam perkahwinan yg akan datang nanti.

Lepas dia kawen ni hilanglah seorang lagi tempat aku nak gedik2 dan melepak. Dah jadi bini orangkan. Aku harap dia x lupa aku.


p/s : Baanyak kerja terbengkalai gara2 pc breakdown.

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Jadi Mawar

Salam,

Pagi tadi pg X-Ray lutut aku, Alhamdulillah tiada keretakan baru..tapi sakit ni ade lagi. Terkenang tragedi semalam, nak lemah semangat pon x leh. Sabar je la..

Well, x silap aku hari ni Birthday slh seorang KKS aku..MAwar Asni bt Mahyudin. Selamat Hari Jadi Mawar, aku doakan selamat pjg umur,murah rezeki, bahagia dan berjaya dalam hidup.

A little bit about Mawar, aku start kenal sewaktu belajar di Politeknik pada tahun 2006 x silap aku. Dia kawan rapat kepada 2 lagi KKS aku, Ejat dan Nnur. A good person, good sister and daughter. Seorang yg agak matang dan bertanggungjawab.

If aku ada masalah, dia x kisah nak dengar and layan aku. Seorang kawan yg baik bagi aku. Waktu di poli pon byk gak menolong aku. Aku ingat lagi dia belanja aku mkn sbb time tu aku pokai. HAHA!!Man, Aku & Mawar

Sejak aku hilang ni pon aku nampak usaha dia mencari aku dengan SMS number mama aku tuk cari aku.hehe..thanks Mawar.

Semoga di usia baru ni ko menjadi seorang yg lebih baik.


p/s : Rindukan zaman muda..haha!

Thursday, August 4, 2011

Tangisan

Dah 4 Ramadhan dah. Alhamdulillah..aku masih lagi mampu menunaikannya. Cuma tahun ni energy aku x seperti dikala muda2 dulu (macam da tua sgt). Selalu lesu, mungkin sebab faktor ketagihan nikotin yg diperlukan badan.

Aku teringat pada tahun2 yg sebelum ini. Kalau tiba bulan puasa, dah tentu akan aku bincang dgn kwn2 yg rapat untuk gather berbuka puasa ramai2. Tapi tahun ni mungkin tanpa kelibat aku. Rindu? jangan katalah..kompem la aku rindu2 kwn2 aku tu. Rindu Giler!! dah dekat 3 bulan aku x contact dorang. Yang paling aku terasa dengan yg aku slalu contact la.

Mungkin juga sebab itu aku sekali lagi mimpi malam tadi. Setelah datangnya mimpi yang malam tadi, aku dah buat satu kesimpulan atas semua mimpi2 aku sebelum ni. Aku akan mimpi ape yang ingin aku tengok, lebih kurang macam ape yang aku harap akan jadi di masa depan la.

Mimpi malam tadi? Kelakar atau Serius aku sendiri x dapat nak terjemahkannya. Tapi yang pastinya dalam mimpi itu aku rasa bahagia. Gila x gila la kan, Seseorang yang dah lama aku suka,sayang dan rapat menangis sebab aku. Alahai sweetnya moment tuh. Kenapa dia menangis? Yela da lama aku x contact dia, then bila terjumpa aku leh wat endah x endah dlm mimpi tu. Hahahaha!! Macam drama bhai!! Berair la mata budak tu, aku plak yang lemah tgok tangisan ni pegi la pujuk balik menenangkan hati dia. Ada lagi yang terjadi pastu, cuma aku x tertaip kat cni,biar la aku dan Tuhan je yang tahu. Itu mmg saat indah eventhough it just a dream.

Agak2 klau betul berlaku boleh ke? Aku jawab tak mungkin, kerna aku sedar dimana letak diri aku dan dimana berdirinya dia. Dia lebih layak menerima seseorang yang lebih bagus. Cukup aku seorang je yang tahu, dan jika diizinkan tuhan dia akan tahu jua. Aku x mahu nak rosakkan apa2 antara kami...

p/s : ada ke kawan2 aku yang rindu kat aku..?

Monday, July 18, 2011

Mimpi

Happy Kick Ass Monday everyone...Boleh tahan mengantuyk gak aku ari ni. Last weekend aku 1 family balik kampung nak amik barang kat rumah arwah atuk. Kemas ape yang patut, takde ape yang nak diceritakan sangat. Tak mahu nak cerita lebih2 bab ni. Bab2 wasiat and pembahagian harta ni hal orang tua2 je.

Well, lebih kurang 2 minggu lagi nak masuk bulan Ramadhan. Still tak tahu lagi ape aku n family nak meniaga. HAHA!! Rasa mcm malas, tapi abah beriya nak buat lak. Aku layankan je la. Dah lame rasenya tak masuk meniaga bazar ramdhan. Seingat aku last masuk masa form 4 the sejak mama buka nursery takde dah meniaga. Now, da balik mcm dulu kala.

Malam tadi adalah satu malam yang agak susah nak tido, sebab aku da bantai tido di siang hari dalam kereta masa kat highway. Pusing sana, pusing sini x boleh gak nak lelap. Actually bukan nak cerita pasal tido pon. Aku mimpi malam tadi, and mimpi yang agak lain kali ni. Dalam mimpi tu hampir semua yang penah rapat dengan aku dan aku sayang datang depan rumah aku buat BBQ. HAHA!! Kelaka siot. Aku ingin sangat nak mention name diorang, tapi x perlu la. Dari kawan baik aku smpai la ke ex aku sume datang. Pergh!! masa tu memang aku rase teruja,hepi semua ada. Smua yang aku sayang ada dekat denga aku, berbaik baik dengan aku.

Sambil tu plak, aku tengah kenal sorang awek. Manis orangnye. Siap hadiahkan aku baju lagi. HAHA!! tapi dalam masa nak berkenalan rapat ape sume. Tettt!!! ejat Call and dalam pale otak aku pelik mane dia dapat num baru aku.Then terus aku terbangun.

Agak pelik mimpi aku kali ni. Mungkin aku rindu pada dorang yang satu ketika dulu pernah membahagiakan aku. Kini diorang takde dah, sume dah blah tinggalkan aku. Tak tahu ini hanya mainan mimpi atau khayalan yang tersirat. Yang dapat aku simpul mungkin aku rindu. Paling rindu pada dia sebab dalam mimpi tu dia mesra balik dengan aku.~

p/s : Nak masuk 2 bulan aku hilangkan diri.

Monday, July 4, 2011

Dugaan Nya.

Pagi Isnin yang indah, sejuk x payah cakap. Memang terasa sampai ke tulang. Dah memang kalau 120 km/h merembat motor tua aku tu pagi-pagi buta, tahi telinga boleh beku. Badan aku agak lesu hari ni, hasil dari shoot wedding pada sabtu tuh, ditambah dengan berendam beberapa jam di Port Dickson yang dimana aku rasa terbaek sebab dah lama aku x mandi manda mcm tu. Hilang sebentar stress aku bersama dengan air masin tu. Hanyut dibawa ombak, kala itu mencuci-cuci mata melihat keindahan hasil kekuasaan tuhan.

Past 2 weeks, bermacam-macam yang terjadi. Sambil aku menaip pun, 2-3 kali juga mengeluh. Paling aku simpati pada adik aku, kereta pink kesayangannya tu hampir hancur remuk dalam kemalangan. Memang tiada daya aku nak tolong kecuali minta dia bersabar je. Keadaan bisnes pula yang makin merudum kerana kedengkian pesaing-pesaing. Berhadapan pula dengan pihak bank yang tidak putus putus mendesak aku ke jalan yang buntu. Huh, besar sungguh dugaan mu Ya Allah, lepas satu Kau uji lagi satu. Aku redha, dan cuba menghadapinya dengan sebaik mungkin.

Sudah 2 minggu juga la aku menghilangkan diri dari rakan2 dan kenalan aku, termasuk lah kawan2 rapat aku. Aku sendiri tak tahu kenapa aku berbuat begitu, ianya just popped -out dari otak aku.Terus aku buat ape yang patut dan in silence mode. Hakikatnya aku memang merindui mereka dan perlu sokongan dari mereka di saat ini, tapi aku x mahu mereka susah dengan mendengar rintihan aku ni dan aku juga sedar dimana tahap aku pada mereka. Aku tak mengharap.

Ok,otak aku dah blank tiba-tiba yang tadinya penuh idea untu menulis. Aku stop dahulu. Salam.


p/s : 2 minggu yang aku betul2 nampak siapa kawan dan lawan.

Friday, June 10, 2011

Keperluan


Ok. Rasa macam da lame since last update aku. dua bulan ada tak? Well,not bad la. Takde masa dan takde pencetus nak aku karangkan. Then better mendiamkan diri dari merapu meraban memenuhkan blog aku.

Things happen lately, lots of thing. Tapi rasanya tak perlulah nak dipuisi atau dipantunkan kat sini. Actually, dah ada pun post tentangnya, but like i said. Things happen. Memang terperuk lah post-post yang separuh siap tu dalam kotak draft. Malas, rasanya nak sambung coz da lama sgt. Lapuk.

Nothing special. Still breathing and live a normal life. Got some hot topic huh? No, i think. Im getting closer to the anwser i search for and waiting for the right time to get it. This whole 2 month feels like i been through a long road, or better say high way. All the way, many kind of things get in my head. Learning that, getting this, helping those and too many expression came struck my emotion at once.

Almost fall for all that, I dont know if i have a strong heart or high level of patience. I keep on silence and do nothing, until myself immune from this disease. All that i know ive turned into a doll or wood puppet. Just do my routine, all that keep me alive. Oh,dont mind about the inside, perfectly just like a machine, a robot. I dont have the feelings. Its empty and dark.

End of that. Yeah, nothing perfect in this world. Not me, not them or anyone. It just a normal things if u been forgotten. Well thinking of that, dont expect others to remember u, thinking of u everytime or be by ur side when needed. Know that someday, whoever u care about will leave, dead nor alive. My advise, take it wisely.

Happiness, that is one more great feelings ive learned. Im not get it from a romantic love relationship or anything serious feelings. This time i experienced it from helping others to be one, be happy. I will do anything i could to help them. Seeing their smile, joy and happiness make me feel relieved. I been searching that happiness on the wrong way before this. Actually, ive been doing it all this while without knowing this is the true good ending for me. Now, if U are happy so do me.

Whoaa! i wrote a lot. I thinks its enough for this post. As always still have many un-special stories, but it will take a whole day okay. By the way, im going to my first Ex PSIS reunion next month, eventhough not all of them are coming but i really need this. Kind of vacation, hehe. This time, Pangkor im coming!.

Till my next update, all my frens out there, have a good life. Salam.


p/s : Al Fatihah to my dearest granny Allahyarhamah Siti Aisah, pray u will be in peace.Amin.

Thursday, March 31, 2011

Sunyi

"Sigh..."
Aku pandang kanan, aku pandang kiri. Sekali lagi aku mengeluh. Takde sape2 siot. Memang sunyi abes. Sampai bile nak macam ni. Dekat Ofis, tibe je waktu petang. Tinggallah aku tercangak sorang2 dalam makmal ni. Yang ada buat teman PC ni je la. Tunggu sampai pukul 5.

"Vroommmm...."

Aku pecut kereta aku. Sampai rumah macam biasalah, mulakan tugas harian aku. Buka kedai. Dari pukul 6 petang hinggalah ke pukul 11 malam. Sambil meniaga tu, bile time takde orang, ok serius sunyi. Even ada adik2 aku n parent aku. Aku rase macam biasa. Takde ape yang nak excited sgt.

Bila da balik rumah. Deng! One more. Usha kiri kanan, tengok skrin henpon cokia aku. HOHO! Nothing.

"Labu.."

Anak kucing yang baru dibela. Comel. Aku try bermanja2 dengan kucing pon tak jalan. Still rase sunyi. Malah makin kuat. Habis rokok sebatang, aku pun tido. Begitulah esoknya,rutin harian yang same.

Kadang2 sebelum terlena tuh, ade gak terpikir.

"Rupanya lame gile aku tak ucap i love.. "

HOHO! Mood ke arah cintan. Confirm sunyi der. Orang dah biasa ada chenta hati. Tapi persoalannya. Adakah aku sunyi sebab takde awek..?

"Sigh..."
"Eh! xde orang la."

"Ini macam boleh jadi gile aku.."

Maybe bukan sbb xde awek..kdg2 aku ckup ade kawan2. Dah rase ok. And aku baru perasan, sejak arwah pegi social life aku dah hilang bersama dia. And itu membuat aku sunyi dan boring. Tiada lagi huha huha!

Aku just nak someone yang boleh dgr aku caci maki, carut marut, yang satu kepale dgn aku. Ternyata lepas arwah xde sape pon even My KKS. Ade juge try cari yang baru. Maybe im not good enough nak jadi kawan mereka. Aku rindu kawan2 aku. Bukan time bersuka ria saje, malah time susah.

Last week ade gak try mase birthday aku pegi hang out dgn ex mates Poli. Deng. Ianya tak sampai klimaks yang aku inginkan. Masing2 bagai menyimpan sesuatu dalam kotak fikiran.

Aktiviti karoke bagai. Siap pagi tu pegi mandi sungai. tarakkkk!!..tarakkkk!! tak jalan beb.
Padahal aktiviti mandi manda aku paling suke. And still..

"SUNYI"

Motif?

Next Week. Another try. Ke Sarawak pula kali ni. Moh kite tengok boleh blah ke x leh blah.

p/s : Aku rase aku memang ada masalah dengan orang2 gombak.

Friday, March 25, 2011

Terima Kasih

" Tett!!" Tett!!"

Sms masuk. Wish dari Zuraida masuk..biasalah..Selamat hari Jadi awk..bla..bla..bla. Then mase aku nk tido..masuk lagi satu SMS..EkinBaek pulak wish. Ok those are 2 first person yang wish mlm td selain family aku.

Yess..Hari ini birthday aku.

Best ke.?

Oh no. Aku rase biasa2 aja dong. Nothing special.

But something interesting bila aku check email aku pg td. Oh, terharu benar rasenye. HAHA!!


Klik untuk besarkan



Yang ni aku paling teharu.dem!


Aku dapat email wish besday dari laman web yg aku daftar. Sigh.

"Damn.."

Kind of funny..nak tegelak ade..nak emo pon ade.HAHA! Yela, 3 KKS aku tu pon xde wish, tp dapat dari 3 Web yang aku daftar. Eventhough ianya aoutomated service, aku hargai sgt. Sekurang2nya, hey..dorang wish. heee!

Tua sudah aku. Alhamdulillah, masih bernyawa dan sihat walafiat.


p/s : tak sabar menunggu trip ke Sarawak April ini.

Tuesday, February 22, 2011

Selamat Hari Lahir


Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan Noorizzati bt Buharan Nordin..Allah selamatkan kamu....

Dingg..Dingg..Dingg..!!

Tepat pukul 12.01 tgh mlm td...genap la umur si ejat 24 tahun..wahahaha..tua da..

Well..ejat adalah one of my bestfrens...

22 Februari 2011...tua da ko jat..tp ketinggian ko x tua2 gak..hahah!!

Since post ni untuk si katik ni..so aku cite la sikit sape die neh...ape yg aku taw..


*aku kenal die waktu smbung blaja kat Poli Sabak Bernam
*seorang yg hepi go lucky plus over gedix
*kuat pow wet aku..temasuk la kwn2 len(alasan student)
*seorang yang katik berkepala dungga
*suke mkn udang
*skang tgh smbung blaja kat Utem amik degree
*bajet seorang yg comel giler..

Aku anggap die KKS aku since poli...since dia byk tlg aku dlm assignment..final projek..n sejak tu la kami ni rapat...even though aku x byk kongsi ape2 dgn die...tp lau aku nk hepi aku pg cari die.. thats the fact about her..byk aku terhutang budi mase kat poli dgn die...and rmai gak yg kutuk n maki aku sbb ikut ckp cine bukit ni..hehe..tp its ok..aku taw sape die..

Leh satu pale dgn die..ko ajak pg mane pon die on jek..kuat meronggeng die ni..wahaha!!
Mase kat poli la aku,die,mawar n nur betul2 rapat..mcm2 tmpt yg kami pegi dan mcm2 benda yg kami buat..Aku x penah malu aku kwan dengan Team Roket..hahah..

Ok.ckup la ni kot..aku ade byk keje ni..ni pon cover sbb aku baru wish pg td..haha!!

tp xpe..die skang sudah ade chenta hati yg jage..ngeh3..
aku tgu je diorang ni ble langsung(photography pakej x leh free!!)

Neway ejat, Selamat Hari Jadi aku ucapkan..Semoga panjang umur..murah rezeki..berjaya dalam hidup dan ceria selalu keh..

Thanks selama ni byk tlg aku wlau pon lg byk aku tlg ko...hahaha!!ok ckup..adiah xde taw..wahahaha!!




Happy Birthday Ejat!


p/s : Aku mulai rase jelik dengan seorang kawan poli.

Thursday, February 17, 2011

Salam Akhir...

Tah,

Malam tadi aku g kenduri tahlil kau..
bersungguh2 aku bace tahlil tuk kau..sbb aku rase tu je la kebaikan yang mampu aku buat untuk balas budi baik ko bro..
Abis je tahlil..ade mkn2..aku terus sebak..aku rase ini lah juadah terakhir dr kau..
kite slalu pg mkn same2 bro..mcm2 makanan kite try..tp kau x gemok2..badan aku gak yang naik.. smpai kau beli Susu Weight Gain tu..hehe..

Yang paling buat aku rase nak teroyak..aku teringat Raya Haji tahun lepas..aku duk sorang2 kat umah..parent aku balik kampung..xde ape2 makanan kat umah..pagi2 lepas sembahyang raya kau dtg umah aku..bwk rendang n lemang tuk aku..Ya Allah..aku beruntung sangat dpt adik cam ko..

Saat aku taip ni pon..da berkaca mata aku..

Kau la jantan petame wat aku teroyak..tp senyap2 je la...Abang ko Isa lgsung xnk tunjuk depan aku die nak nangis..ko phm2 je la die..hehe..ego tinggi..

Tah..

Sweater GAP n Kasut Adidas ko..ade kat aku..itulah kau..bile aku xde je brgnye..kau slalu nk bg pinjam smpai aku xleh nk tolak..tp skang kau da xde..aku tetap nk simpan gak..sbb itu je la yg ade untuk aku ingat kau..

Dah seminggu kau pergi..still terasa..aku rindu saat aku balik keje halo2 kau kat mane..then kite lepak...

aku da x main game kt cc..xde saingan yang hebat dah selain kau..aku n isa pon da x pg main ping pong..pegi swimming pool pon xdah..
camne nak pegi lau ade 2 ball je..aku n isa..x best sgt la..xde benda kami nk ceritakan lagi dah.. byk benda dah x wat sejak ko xde...x ckup korum...

Kau One in a million tah..

Aku terkilan gak nk g karok dengan kau..pasni xde la partner aku nk nyanyi lagu Broery dah.. Biarlah Bulan Karok sorang2...haha..
Byk plan kite x jalan lagi..trip holiday kau, aku n Isa pon xjalan lagi..

Kali ni kau betul2 curse aku..curse aku dengan pemergian kau..I curse u..tu je la ayat kau..
Aku slalu bahan kau Patah tumbuh hilang berganti..skang xde ganti2 dah..hilang terus...

Ape2 pon tah..byk budi kau kat aku..sedih aku byk impian ko x terlaksana..
skang dengan sape la aku nk share prob..dengan sape la aku nk membebel..dengan sape la aku nk jiwang2...

Dengan sape la aku nk gurau high level..dgn sape aku nk speaking english..dengan sape lagi aku nk cakap latin..

Isa kau jgn harap la..die Frank Lucas..xde makne nye nk bunga2....

aku n Isa akan slalu ingat kau..kami pon da plan akan ziarah kau slalu..ni tgh duk cari lagu tribute untuk ko...

Banyak lagi yang aku nk taip ni..tp ckup la ni dulu..kang x psl2 basah lak keyboard ni...

Ini last post tok ko..tahun depan aku wat ag..pasni aku nk go on dengan hidup aku..yg hidup kena terus hidup kan..

Aku akn slalu doakn kau disane..aku harap kau ditempatkan org2 beriman..sbb kau adelah seorang anak,sahabat,adik,abang yang paling baik aku pernah kenal..

Lau smpai masenye..kite jumpe sane k..nnt aku halo2 ko..hehe..

Al Fatihah
In Loving Memory
Abd Fatah bin Fakhrudin.
29 Mac 1992 - 10 Feb 2011

Monday, February 14, 2011

Al Fatihah..

Salam..

Al Fatihah buat sahabatku Abdul Fatah b. Fakhrudin yang telah pergi menghadap ilahi pada 10 Februari 2011.

Pemergiannye amat dirasai..arwah adalah org yang paling rapat dengan aku di Bandar Tasik Kesuma..setiap hari ..setiap minggu kami akan berjumpe dan hang out.Even though dia lebih mude dari aku..tp keinginan dia untuk berfikiran secara dewasa buat aku tidak kisah dengan usianya.Aku dia dan Isa adalah kroni yang paling terbaik...

Kenangan bersamanya tidak dapat aku lupakan..Arwah adalah seorang adik yang tak pernah aku ada..selalu membantu aku..suka dan duka mcm2 yang kami tempuh..

Ya Allah kau tempatkan lah dia bersama org2 yang beriman..Ampunkanlah dosa2nya...

Takkan dapat lagi pengganti seperti die..satu persatu kenangan melintas lalu dalam fikiran aku..

Orang kedua yang rapat dengan aku sejak ex aku pergi juga..rase mcm x pecaye..cume tekilan hanya suara kau yang dapat aku dengar..seminggu sebelum kau pergi..x sekali pon kite hang out..seperti petanda..Ape pon aku redha..Allah lebih menyanyangi beliau..



Dalam kenangan..
A Good Friend
A Good Person
A Good Brother

Wednesday, February 2, 2011

Cina Raya.


Salam..

Ohhh..what a day..masuk opis pagi2...setelkan ape yg patot...then cabut balik umah amik cd windows xp..then pg lak cari album gambar untuk picture Ain yang bertunang minggu lepas... cabut lak p jmpe ejat kat serdang...die mtk tlg downgrade lappy die..dari Windows 7 ke XP.. ade la..untu assignment die...dari kul 12 tgh smpai kul 7 malam...Ya Allah...lamenyer...ssh betol nk cari driver lappy die...mcm2 driver aku tabur...

At Last mtk tlg kwn die kat UPM..(sengalkan ko jat) lau dari td mtk tlg kwn die tu..xyah aku dtg..adesss....tp last2 aku gak yg setelkan..hahaha!!

Teruk tul otak aku skang..camne leh lupe nk tgok model lappy tu..actually Compaq Presario V3000 ade mcm2 series...aku lupe tang tu..adoyaiiii..terok2..

Hmm..esok lak..nk menghantar projek tuk Ein kat segambut...adesss..letih la..letih la..letih la labu....

Ni pon balik2 kul 8 tadi terus on duty kat kedai...hahahah!! letih ni labu...tp still steady!!

xpe...sabar2..byk tlg org byk dpt pahale...syg kwn nye psl kan...

ok ckup la tuh..sok raye cine..so pd kwan2 aku yg berbangsa Cina..

Gong Xi Pat Choii..


p/s : melayu raye,melayu gak cuti, india raye melayu gak cuti, cine raye melayu gak cuti..hehehe..

Friday, October 22, 2010

Perhentian

Salam..

Lame gak x update rupenye..hehe..damn..too bz la..byk keje nk kena setel..job sane..job sini..Alhamdulillah..rezeki dtg datang...walau pun letih..aku bersyukur..dapat gak bantu family aku..

Oh yeahh..tajuk entri kali ni xde kena mengena pon dengan ape yang aku nk crite kali ni..haha!! Saje letak..sbb terlintas kat pale otak genius aku ni..bulan April 2011 iaitu tahun depan..InsyaAllah..ke Pulau Perhentian bersama KKS aku..xmao cite lebih2 takot x jadi...so nnt crita la..

Fuhh..cite kali ni..ahhh!! lupe! hahaha..damn!

Oh! One of my KKS (Kawan Karib Selamanya) Nurhamidah bt Rahim da pon selamat bertunang pada 10.10.10 dengan pasangan dia yg juga kwn aku..Tasmaun. Lame jugak dorang becinte since blaja kat poli lagi.about 4 years ago..Alhamdulillah..aku doakan bia la kekal selamanya..jalan da sorang kwn baik aku..pasni tiinggal lagi 2 shoitonn tuh..!! hahaha!!!

Dia amik aku jd photog..hehe! lepas deal yg agak suam2 kuku tuhh..so aku terime jek..xkisah la sgt..kwn baik punye psl....love them..

InsyaAllah tahun depan kawen..11.11.11..kite doa je la yg tebaik k...Amin.


Editing amatur aku..hehe.



Aku rase aku paling ayu..haha!!


Oh ye..artwork aku kali ni xkn dipaparkan kat blog nie lagik..aku xnk campur..aku tgh siapkan portfolio online aku a.k.a blog baru la..sedang dalam pembikinan lagik..so tunggu je la update seterusnya.

Al Fatihah..disebalik kegembiraan yang kite dapat..ade yg berduka..untuk mangsa2 kemalangan di Lebuhraya Plus KM233 Seramban-Melaka/Jb.Sedih aku tengok gambar2 yg diupload kat facebook...x sanggup nk upload kat cni..

Actually mase keadaan tu berlaku aku ade di highway tuhh..cume bukan la saksi kejadian..aku teperangkat kat hiway tu dalam 7 jam...kereta x leh gerak..nk smpai 1Km pon susah..aku on d way anta Ejat punye fon yang dimana disebabkan kesengalan beliau meninggalkan henfon nye dalam kereta aku..sayang kwn punye psl..aku antakan la..

Ejat da bg warning da sebenarnye ..xpayah anta....bekali2 die kate xpayah..aku gak yg degil nk anta gak..sbb konon nk jmpe mmber lame skali..but damn! abes aku..haha!!

Bayangkan la..aku masuk hiway tu pkul 7..pkul 2.30 pagi baru aku smpai kat Tol Ayer Keroh..haha!!!tu la..degil lagi si katik tu sound aku..hahaha..mmg da rase x sedap ati da mase nkpegi..tp aku fikirkan pasni aku bz..xde mase nk anta..die pon bz nk final..xde mase da nak jmpe...so aku anta gak...

Mase aku lalu tempat kejadia..xsempat nk shoot2 ape pic..sbb da lmbt sgt..sian lak dorang tunggu aku..x tido2..

Neway pagi tu smpai umah dlm kul 8..sebab aku berhenti tepi hiway tido dulu..haha!! letih woo..

Takziah kepda keluarga mangsa.(lambat aku update kan..haha..crite da lame ni)

Ehhhhh..byk ag nk story ni..mood tgh mariii..hahahaha!!!
takpe..new entry..hehe

p/s : Thanks suria yang bagi aku ubat pada pagi tuh..lalok sepanjang hari..

Wednesday, September 29, 2010

Annual Event

Salam 1 Malaysia,

Well mcm yg dijanjikan la..last week pergi ke rumah Lela di Sabak Bernam,Selangor.. wlaupun last2 minit mc x jadi..sebab ade yg x jadi pegi..so..kurang la orang..but last2 jadi jak..

Even not too cheerful gather kali ni sbb x ramai yg hadir..but it was ok..kami still leh mkn2..gelak2..and karaoke..hehe!!


Ni kat rumah Nizam.

Haha! aku sorang je bwk kamera..nak gak suh org lain snapkan..hehe!!


Kami pergi rumah Puan Aida a.k.a Ex Lecturer..hehe..dia masih xberubah..just tambah lagi sorang baby yg coming soon je..


Oh..yess..ini kat rumah Puan Ajisa,Congrats tuk dia sbb dapat First baby.Mlas nk snap byk2..aku letih mase ni..

Haha! aku x sedar mase bile dorang snap..tp time ni rasenye tgh layan lagu Aerosmith..I dont want miss a thing..mmg layan abess la..haha! funny face siot!!

Haa..ini la landlord..tmpt kami tumpang tido tiap2 tahun..(nk gak aku enterprame..haha!)

hehe! this lovoely couple..mmg xleh berenggang..org tgh sedap2 nyanyi kat dlm..dorang bleh kua amik angin menikmati mlm..hampess tol..!

Ok.Thats emantino..dlm x nk nyanyi akhirnye dia nyanyi gak lagu aku pilih..siap tarik lg..wakaka!!

Dua dua tgh melayan lagu The reason-Hoosbastank
Wa lau nyanyi mst nk feeling abes..haha!
Pilih..pilih..nyanyi x nyanyi gak lagikk..haha!!!

Ok ..this lepas kami pg beraye2 semua umah lecturer..singgap jap ke BNO(Bagan Nakhoda Omar) ..tempat yg slelau kami hang out untuk lepak2 n mkn2..just nk amik angin and ingat balik kenangan manis..

Actually ade byk lagi pic aku snap..but ckup la ni...aku xberapa nk ade mood...fikiran melayang2 kali ni...keje pon byk...hehe..leh lak update blog kan..kan...

ok.till then..salam.

p/s : Sepanjang perjalanan ke sana aku terbayang2 smpai nk terbabas...

Tuesday, August 17, 2010

BFF?


Best Friends Forever....perkataan ni skang tgh hangat diperguna guna kan oleh remaja skang(cam ayat berita uatam tv3..haha)..errmm..korang ade bff..?bff ni mula popular bile ade keluar satu program yg senaraikan list bff kite kat Facebook.

ermm..aku ade Bff ke..?aku ade..tp xde la plak aku listkan dan kire bape rmai kan mereka...bg aku ckup lau aku dan dorang taw ikatan tu.....there is a few...

Persoalan?

Kawan Baik Selamanya..besar pengertiannye ni...yela..bg aku mereka yg boleh dipanggil mcm ni org yg ade wlau pon tidak lah selalu(selalu tu bole tp ssh nk dpt da skang) time kite susah atau senang..yang paham perangai,habit,hati or ape saje berkaitan kite.

Tapi zaman skang ni mcm yg aku kate susah nk dpt lg Bff yg betul..yela...era skang ni kite x boley nk pecaye org bulat2 wlau pon dia kawan baik kite atau pon siapa pon bg kite...mst ade bencinye sikit letakkn limit kepecayaan tu..betul ke camtu..?takut backstabber plak..aku penah merasa tikaman seorang kawan baik..(bukan pkai pisau ok)..believe me..sungguh sakit..rela lagi kena tikam dengan pisau betul..

Tapi tu la..lain plak bg aku..aku bile da pecaye seseorang...mmg aku pecaye abes dan xkn sangka buruk terhadap org yg aku pecaye tu..mmg ade la terjadi kdg2 aku dipergunakan..dan ade yg betul2 menghargainya..mcm2 yg terjadi dlm proses saling mempercayai tu..ade yg kate aku bute tuli..ade yg kate Ya Allah baiknye ko..hahaha!!!!

Kesimpulan?

No hidden agenda la..saje je membincangkan hal ni..yela.bile da ade BFF ni..ape saje akan dishare wlau tidak 100% ..but whlelife story ko dorang taw..sbb time ade msalah dorang la tempat meluah n mintak pendapatkan..

Neway..aku syg kwn2 aku..selagi aku boleh tlg dorang aku tlg..ape tah lagi BFF..lagi la lebih2 aku hulurkan bantuan..ermm..setakat ni aku xde la ade rmai BFF..cam ayat kat ats td..Just a few....lg pon mereka aku buat hanya tempat meluah...aku xnk sshkan dorang..
p/s : rindu zaman poli dulu..penuh dgn kwn2 berkualiti..