Showing posts with label Review n Comment Film. Show all posts
Showing posts with label Review n Comment Film. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Komen Hafkha : Kebangkitan Berok-Berok

Salam,
Well malam tadi dah layan satu lagi movie, Planet Of The Apes : Rise Of The Apes. Semenjak 2 menjak n i rajin lak aku melayan movie2 baru. Dah mcm xde social life plak duk terperap dlm bilik.OK..enough of that.

Director: Rupert Wyatt Screenwriter: Amanda Silver, Rick Jaffa Starring: James Franco, Freida Pinto, John Lithgow, Brian Cox, Tom Felton, David Oyelowo, Andy Serkis Genre: Action, Adventure, Sci-Fi

Komen aku kali ni, Aku bagi Filem ni Gred A atau 5 bintang, ianya jenis Movie wajib tonton. Permulaan cerita yg menarik dengan susunan jalan cerita, plot dan klimaks yang boleh buat penonton teruja dan menjadi ingin lebih tahu. Siapa yang dah layan filem2 Planet Of The Apes sebelum ni mmg x rugi layan yg ni plak.

Cerita bermula dengan seorang saintis muda yang desperate nak mencari penawar bagi penyakit Alzheimer yg juga penykit bapanya sendiri. Segala ujikaji dilakukan pada beruk2 berkenaan. Sampailah satu hari satu virus penawar untuk penyakit Alzheimer ni berjaya dicipta dan di uji pada seekor beruk. Hasilnya beruk itu menjadi seekor yg agak intelligent, dan mempunyai kelebihan dlm semua hal seperti kekuatan dan naluri yg terlampau protective. Seekor beruk yg dibela oleh saintis itu bernama Caesar mulai berfikir ttg nasib kaum berok2 lain sepertinya yg didera dan dijadi uji kaji. Caesar membuat keputusan memberontak dan mula mengumpul semua spesies monyet2,beruk dan gorila untuk memberontak.
"Kome sume, moh kite jerit rame2."

Cast dlm cite ni ialah mamat "Harry Osbourne" dalam cite Spiderman iaitu anak Goblin. James Franco nama beliau. Selain itu ade gak Freida Pinto dan Joh Lithgow. Well, cerita ni mengajar kita ttg moral value juga. Apabila manusia mulai tamak dan haiwan menjadi mangsa, antara nafsu dan tanggungjawab, konflik dalam membuat pilihan,kejujuran dan banyak lagi lah. Aku dari baring sampai bangun menghadap betul2 skrin ni. Perjalanan cerita mmg best, korang dapat tgok mcm mane sedihnya perasaan berok2 tu digunakan,rintihan dorang dan mcm mane dorang planing untuk memberontak. Dari segi action, cukuplah walau pon xde cam perang2 atau lawan2, cerita ni more to psikologi .So, x rugi lah korang tengok cite ni.

p/s : Kalau tikus makmal pulak memberontak camne ek?

Klik untuk donwload


Komen Hafkha : Koboi Lawan Alien

Salam and hye sume,

Ok, kali ni aku nak komen ttg filem. Ini kali pertama aku komen n review psl filem. File nye adalah Cowboy And Alien.
Cerita ni mengisahkan pada zaman Cowboy, dimana satu tempat tu diserang oleh makhluk asing yang gilakan emas. Emas bagi alien ni mcm satu sumber keperluan untuk dorang. Alien ni juga sambil tu menculik manusia atau penduduk yg ade di kawasan tu untuk dikaji dan kemudian dibunuh. Sorang demi sorang penduduk diculik oleh alien yg creepy tu.

Well, bagi aku filem ni boleh dikategorikan Gred B atau cume 2 bintang je aku boleh bagi. Permulaan cerita yang agak slow tapi ada 2 or 3 scene yang boleh buatkan kita nak tahu ape yg jadi seterusnya. Ada 3 name besar kat Hollywood yang belakon dlm filem ni iaitu Daniel Craig, Harrison Ford dan Olivia Wilde. Dua pelakon utama lelaki ni kta dah tahu la sape dlm cerita James Bond dan Indiana Jones. tentang pelakon wanita pulak, ala..awek yang berlakon dlm cerita Tron tuh. Manishh awek ni..

"muka matured yang cun!"

Ape yang diharapkan dari filem ni tak smpai sgt walaupun ade 3 orang artis top ni.

Yang best :
  1. Wrist Laser Gun yang gila supercool!!
  2. Daniel Craig, Harrison Ford dan adik manisss Olivia Wilde
  3. Zaman Koboi
  4. Ade nilai2 murni walaupun ianya cerita sci fi action( memerlukan penelitian yg dalam)
  5. Happy Ending
Yang tak Best :
  1. Alien tak cukup creepy-fokus kepada alien biasa je
  2. Effect yg x cukup canggih
  3. Cerita yg agak slow
  4. Action yg kurang
  5. 2 - 2 awek hero mati
Aku cume boleh puji bab nilai2 murni je macam scene Kolonel Dollarhyde (Harrison Ford) disedarkan oleh org gajinya sendiri (orang Indian) tentang respect. Kedua, semangat berjuang dan bersatu padu apabila Cowboy bergabung dengan Puak Indian dan Bandits(perompak) untuk hapuskan Alien ni.
"Aku ade laser gun, korang ade?"

Ok,sekian la komen aku ttg filem ni. Maaflah ini kali pertama aku.

p/s :
Klik untuk download