Tuesday, January 3, 2012

Permulaan Tahun Baru 2012

Lama juga aku tinggalkan blog ni, kalau blog ni rumah dah tentu bersawang dah. hehe! Anyway Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua. Sudah tentu bila masuk tahun baru ada lah azam baru kan? Untuk aku azam tahun ni tidaklah banyak, cuma ada dua je, yang lain2 cuma sambung azam lama yang belum tercapai lagi.

So berkenaan dengan 2 azam baru aku.Firstly, aku ingin menjadi seorang yang lebih baik dari tahun2 yang lepas. Aku ingin cuba jadi yang terbaik untuk family aku dan diri aku sendiri.

Second, aku nak kumpul duit untuk menamatkan zaman bujang aku.Of course kawen! Jika diizinkan Allah,aku ingin melamar seseorang dan jika ada jodoh. Alhamdulillah. Mama aku pon akn pergi umrah pada Mac ni, so aku mintak mama aku doa sket tuk anak bujang die ni.hehe!

Well, permulaan tahun baru aku kali ini dihiasi dengan memori yang indah bersama kawan2 aku. Aku bersama izzati,arlina,haziq,lela dan eqa bercuti ke Pulau Pangkor.Bagi aku itu adalah permulaan tahun baru yang tidak dapat aku lupakan selamanya. Teruk aku kena dengan dorang,hehe! tapi takpe, aku hepi.Terima kasih pada dorang.



Pada hari terakhir percutian,sudah tentu bila berjumpa pasti ada perpisahan. Aku sebak sebenarnya, tapi aku sorokkan. Tak terkata rasanya, tak terluah aku nk cakap betapa aku sayang pada kawan2 aku. Aku mengenangkan mereka yang selepas ini ada hidup masing2, mengejar impian dan sudah tentu tidak boleh berada didepan mata aku selamanya.Biasalah, bila berjauhan barulah ada rindu.

Izzati pula sudah habis belajar,dan akan mula bekerja di damansara.Pergi lagi seorang kawan yg aku sayang tinggalkan aku. Sudah tentu susah nak jumpe dia lagi pasni. Tinggal aku sorang2 kat sini. hehe!All the best untuk dia.

Well then, cukupa lah rasanya posting untuk kali ni.Aku pon lepas ni akan update blog aku selalu walau pon xde orang nak bace. haha!


Saturday, November 19, 2011

Just Another Update 2

Makin lama makin malas aku nak menjenguk kan diri ke blog sendiri untuk update. Tapi aku gagahkan juga, sayang pula rasanya nak ditingggalkan macam tu je. Minggu lepas aku dan kawan-kawan hadir pada Majlis Perkahwinan Nur dan pasangannya. Salah seorang kawan baik aku kan, so rasa rugi kalau aku tak pergi.

Lepas seorang, seorang lagi menamatkan zaman bujang mereka. Kadangkala ada juga rasa cemburu melihat kebahagiaan mereka tu. Tapi masa untuk aku masih belum lagi sampai. hehe... Ada juga kawan-kawan yg dah sedia untuk menimang cahaya mata. Makin bertambah rasa cemburu tu. Aku teringin juga nak mempunyai anak..haha!

Ini semua gara-gara mama dah mula balik membela anak kawan dia, ada seorang baby. Alahai comelnya, bila aku balik dari kerja terus dia lah yang aku cari. Hilang segala penat dan masalah di tempat kerja hanya dengan melihat senyuman bayi suci.

Sejak dari azali memang aku menyukai budak2, melayan kerenah dan telatah mereka sekali sekala boleh buat hati rasa senang. Aku ada terfikir, bila aku dah mula berperangai mcm ni, adakah aku sudah sedia untuk berumah tangga. Tapi apabila difikirkan balik dalam dalam, mungkin belum.

Ya, dalam Islam itu perkahwinan bukan la sukar untuk dilaksanakan. Tapi dalam zaman yang serba mencabar ini, perkahwinan menjadi sesuatu yang sukar untuk dipertahankan. Melihat statistik pasangan muda becerai-berai buat aku kadang2 takut juga apa yang akan menimpa.

Woooo..jauh dah gua pegi ni, hehe...

Apa2 pun Selamat Pengantin Baru Tasmaun dan Nurhamidah. Sempga berkekalan :)



p/s : Rindu masa belajar

Sunday, October 9, 2011

Just Another Update

Salam,

Lame gile juga wa tak update rasenye. Alasan biasa untuk blogger2 yang lain pon pakai, tiada masa dan tiada idea. Aku cume plus kan tiada mood mengarang. Vlog juga lama wa x bikin. Idea untuk Vlog belambak je, cuma takde inspirasi. Duk sebuk main game kat Facebook.

Dah beberapa perkataan aku menaip pon aku dah malas ni.

ok,bye! haha!

p/s : Sedang mencari jalan keluar dari beberapa kekalutan.

Friday, September 30, 2011

Selamat Hari Jadi Nur



Salam,

Pada 28 September 2011 yang lalu genaplah 24 tahun usia seorang lagi KKS aku iaitu Nurhamidah bt Rahim. Dia juga aku kenal waktu belajar di poli, seorang yg easy going, baik dan cun!(kompem kembang)

Setakat yg aku kenal dia, seorang kawan dan anak yang baik, tidak mudah melatah tapi selalu blur.hehe..Aku banyak juga mengadu domba dengan dia, tapi sejak dia da bertunang ni aku kurangkan. Dia perlu layan laki dia pulak.haha.

Tahun ni juga, dia akan melansungkan perkahwinan dia dengan tunang tersayang, Tasmaun. Aku doakan moga dia dan tunang pjg umur, murah rezeki, berjaya dalam hidup serta bahagia dalam perkahwinan yg akan datang nanti.

Lepas dia kawen ni hilanglah seorang lagi tempat aku nak gedik2 dan melepak. Dah jadi bini orangkan. Aku harap dia x lupa aku.


p/s : Baanyak kerja terbengkalai gara2 pc breakdown.

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Jadi Mawar

Salam,

Pagi tadi pg X-Ray lutut aku, Alhamdulillah tiada keretakan baru..tapi sakit ni ade lagi. Terkenang tragedi semalam, nak lemah semangat pon x leh. Sabar je la..

Well, x silap aku hari ni Birthday slh seorang KKS aku..MAwar Asni bt Mahyudin. Selamat Hari Jadi Mawar, aku doakan selamat pjg umur,murah rezeki, bahagia dan berjaya dalam hidup.

A little bit about Mawar, aku start kenal sewaktu belajar di Politeknik pada tahun 2006 x silap aku. Dia kawan rapat kepada 2 lagi KKS aku, Ejat dan Nnur. A good person, good sister and daughter. Seorang yg agak matang dan bertanggungjawab.

If aku ada masalah, dia x kisah nak dengar and layan aku. Seorang kawan yg baik bagi aku. Waktu di poli pon byk gak menolong aku. Aku ingat lagi dia belanja aku mkn sbb time tu aku pokai. HAHA!!Man, Aku & Mawar

Sejak aku hilang ni pon aku nampak usaha dia mencari aku dengan SMS number mama aku tuk cari aku.hehe..thanks Mawar.

Semoga di usia baru ni ko menjadi seorang yg lebih baik.


p/s : Rindukan zaman muda..haha!

Monday, September 5, 2011

Sakit Dada Aku


"Knock! Knock!"

Siti, kerani Ofis aku masuk bilik aku.

"Ni ha, ada surat untuk kau"

Aku pun segera la buka, memandangkan sampulnya besar dan isinya berat. Daripada aku tak tahu. Tapi memang bukan utusan gembira buat aku. Aku kena cepat balik dan selesaikan di rumah. Tekak yang kering buat aku tak banyak bercakap hari ni. Puasa 6 aku hari ni di Syawal yang ke -7 dan pakej aku demam ada skali.

Sampai di simpang lebih kurang lagi 1 kilometer nak smpai rumah.

"Ah! sudah..roadblock.."

Aku berhenti dan buat u-turn, SABAR!! Aku tergolek semasa nak buat pusingan maybe sebab tergopoh gapah. Sudah aku jangkakan pasti lepas semingu raya ni byk roadblock, dan alpanya aku nak menghidupkan cukai jalan motor aku.

Terpaksa aku mengambil jalan yg lebih jauh. Sampai disatu simpang lain,yg agak jauh dari rumah aku. SABAR!!

"Aduhh..roadblock lagi.."

Kali ni perlahan2 aku berhenti dan buat pusingan. Aku hanya mampu sabar, dan terpaksa mengambil jalan yg lebih jauh kali ni. Aku masuk highway.

"Skreeeettttttttt!!!"

Tayar motor aku, bergesel dengan jalan dan pantas aku berhenti. Hampir juga dilanggar oleh kereta belakang kerana berhenti mengejut. SABAR!! Kali ini sekali lagi diduga, rantai motor aku pula putus. Memang menapak la aku menolak motor cari bengkel motor.

Hampir 10 minit, aku membetulkan rantai yg tersekat. Tanpa dibetulkan tayar tak boleh bergerak. Alhamdulilah, ada seorang Hamba Allah berhenti menghulur bantuan dan berjanji menunda aku sampai ke bengkel motor. Amin namanya, terima kasih pada pemuda tu.

Sesudah selesai di bengkel motor, aku teruskan perjalanan aku. Memasuki simpang untuk ke Highway. Dan sekali lagi, Kau tidak berhenti menduga kesabaran aku Ya Allah.
Aku jatuh tergolek lagi sekali dari motor aku. Kali ni kerana jalan berminyak dan aktu itu aku sedang brake nak masuk simpang.

"Macha, ok ka...?"

Ada 2 -3 orang kaum India berhenti membantu . Aku sedar ketika itu lutut aku yg retak dulu kembali sakit, namun aku gagahkan jua untuk bangun sebab aku berada di tgh jln dan xnak menganggu lalu lintas.

Sakit. Itu je yang dapat aku tafsirkan. Walaupun kecederaan aku dan kerosakan motor aku tak seteruk mane. Tapi seperti lutut yg baik dulu kembali retak. Sepanjang jalan aku hanya mampu menahan kesakitan dan bersabar.

Bertimpa-timpa aku diujiNya. Syukur, Alhamdulillah aku masih lgi bernyawa.
p/s : Mcm2 yg terjadi 4 bulan ni..Kuatkan hati ku..