Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri

Belum Lagi

Senyap sunyi pagi ini,
bagai ada yang x menentu, xkeruan di hati.
Sesekali terasa pedih dan sakit,
seperti ada luka yang belum pulih.

Nafas ku tak seperti biasa,
tersekat-sekat dan sesekali kencang.
Fikiran ku melayang,
pada satu tempat di dalam memori.
Ye, itu mungkin.

Saat nak aku luahkan pun,
pedih diiring nafas.
Menyingkap kembali cerita dahulu.

Perginya Nur Hidayah tinggal ku sendiri,
pertama kali aku mengenal cinta dalam sunyi.
Datang Nor Khairuniza mengubat duka,
Tapi sayang tiada yang kekal selamanya.

Dek terpaut pandang pertama,
Rozmuzahida ku sayangi,
mungkin tiada tekad dihati,
tiada jodoh hilanglah janji.

Hadir kasihnya Nor Dalila,
mungkin kerana usia setiap insan perlukan cinta,
Tapi paksinya berlandaskan dosa,
jua terkubur tiada bermakna.

Rosmawati indah namanya,
Cuba ku sayang cuba ku cinta,
Sayang hati sudah menjadi gelap gelita.
maafkan diri ku kerana terpaksa.

Bertuahnya rasa Fatin menjelma,
menerima apa jua seadanya.
Kasih dan sayang ikhlas padanya,
tapi juga ketentuan itu bukan hak kita.

Sekali lagi ku cuba jadikannya,
Nor Fazlinda menjadi sebab kuatnya,
Kasih bukan kepalang sayang tidak ku dusta.
Sekali lagi aku hanya mampu mencuba.

Tekad hati dari Noor Erniesya,
Terfikir inilah akhirnya,
Gembira hingga ketahui keluarga.
Tapi hakikat belum lagi hadir masanya.

p/s : Memang wajib berhenti smoking dah ni.

Wednesday, August 24, 2011

Lenyek Abes Bro

Salam,

Hari ni sedang aku blogwalking web2 luar negara, aku jumpe satu satu berita pelik ni. Seorang Datuk Bandar dari Lithuanian sebuah daerah paling besar dari Europe, yang ambil tindakan drastik dengan melenyek kereta sesiapa saja yang parking di tepi jln dengan kereta kebal. Tindakan parking kereta di bahu jalan ni adalah satu kesalahan bkn di sana saje tapi dimana2 negara saja bahkan Malaysia pon. Tambah lagi di bahu jalan tu ada line dan memang ade signboard no parking.

Selalunya kesalahan ni dibuat oleh kereta2 mewah@ orang berada, jadi bila disaman buat acuh x acuh sebab banyak duit xde hal la nak bayar saman kan. Tapi apa perasaan dorang bila kereta dilenyek dengan KERETA KEBAL? hahah!! memang ternganga la...eventhough ko byk duit pon..kompem terkejut beruk...kereta beli juta2 harga abis kena lenyek. Hehe!

" Aku dah muka dengan kereta2 mewah mcm Mercedes,BMW dan Rolls Royce yg sesuke hati mak pak dorang je paking tepi jln, dorang ingat dorang byk duit dorang leh wat sesuka hati?"

"Haha! Padan muka..buat la lagi.!!


"Lepas ni ko nak paking topi jln laei tak?"




Agak2 kan, kalau buat kat Malaysia camni ape jadi? contoh kat Kuala Lumpur la, datang Datuk Bandar KL lenyek kete korang yang x berape nk juta tuh..? Menyesal x gune bhai..haha!! tambah2 kete dah la beli hutang..adessss...

p/s : Janji x buat lagi..haha!!



Hilang



Pertama kali ku terpandang wajahmu,
Aku sedar aku suka padamu.
Bila berbicara denganmu,
Aku lupa aku ingin selalu dengan mu.

Bila kau ada denganku,
Segala susah jadi senang,
Segala suram jadi terang,
Kau sembuh aku.

Kaulah khayalku,
Kaulah warasku.
Senyum tawa mu selalu ku cari,
Asal kau bahagia ku puas hati.

Sekian lama baru ku sedar kembali,
Perasaan pertama hadir dihati,
Ku gelisah, sungguh ku gelisah.

Hubungan kita hanya teman biasa,
Kau aku dan luka lama,
Dosa semalam buat kite jauh berbeza.
Kau yang suci aku pendosa.

Lantas ku hilang,
Menanam,menahan detik ku ini.

Maafkan aku diam membisu,
Tak ku hendak hilang diri mu.
Lantas ku sembunyi hakikat aku cinta pada mu...



Sunday, August 21, 2011

Komen Hafkha : Kebangkitan Berok-Berok

Salam,
Well malam tadi dah layan satu lagi movie, Planet Of The Apes : Rise Of The Apes. Semenjak 2 menjak n i rajin lak aku melayan movie2 baru. Dah mcm xde social life plak duk terperap dlm bilik.OK..enough of that.

Director: Rupert Wyatt Screenwriter: Amanda Silver, Rick Jaffa Starring: James Franco, Freida Pinto, John Lithgow, Brian Cox, Tom Felton, David Oyelowo, Andy Serkis Genre: Action, Adventure, Sci-Fi

Komen aku kali ni, Aku bagi Filem ni Gred A atau 5 bintang, ianya jenis Movie wajib tonton. Permulaan cerita yg menarik dengan susunan jalan cerita, plot dan klimaks yang boleh buat penonton teruja dan menjadi ingin lebih tahu. Siapa yang dah layan filem2 Planet Of The Apes sebelum ni mmg x rugi layan yg ni plak.

Cerita bermula dengan seorang saintis muda yang desperate nak mencari penawar bagi penyakit Alzheimer yg juga penykit bapanya sendiri. Segala ujikaji dilakukan pada beruk2 berkenaan. Sampailah satu hari satu virus penawar untuk penyakit Alzheimer ni berjaya dicipta dan di uji pada seekor beruk. Hasilnya beruk itu menjadi seekor yg agak intelligent, dan mempunyai kelebihan dlm semua hal seperti kekuatan dan naluri yg terlampau protective. Seekor beruk yg dibela oleh saintis itu bernama Caesar mulai berfikir ttg nasib kaum berok2 lain sepertinya yg didera dan dijadi uji kaji. Caesar membuat keputusan memberontak dan mula mengumpul semua spesies monyet2,beruk dan gorila untuk memberontak.
"Kome sume, moh kite jerit rame2."

Cast dlm cite ni ialah mamat "Harry Osbourne" dalam cite Spiderman iaitu anak Goblin. James Franco nama beliau. Selain itu ade gak Freida Pinto dan Joh Lithgow. Well, cerita ni mengajar kita ttg moral value juga. Apabila manusia mulai tamak dan haiwan menjadi mangsa, antara nafsu dan tanggungjawab, konflik dalam membuat pilihan,kejujuran dan banyak lagi lah. Aku dari baring sampai bangun menghadap betul2 skrin ni. Perjalanan cerita mmg best, korang dapat tgok mcm mane sedihnya perasaan berok2 tu digunakan,rintihan dorang dan mcm mane dorang planing untuk memberontak. Dari segi action, cukuplah walau pon xde cam perang2 atau lawan2, cerita ni more to psikologi .So, x rugi lah korang tengok cite ni.

p/s : Kalau tikus makmal pulak memberontak camne ek?

Klik untuk donwload


Komen Hafkha : Koboi Lawan Alien

Salam and hye sume,

Ok, kali ni aku nak komen ttg filem. Ini kali pertama aku komen n review psl filem. File nye adalah Cowboy And Alien.
Cerita ni mengisahkan pada zaman Cowboy, dimana satu tempat tu diserang oleh makhluk asing yang gilakan emas. Emas bagi alien ni mcm satu sumber keperluan untuk dorang. Alien ni juga sambil tu menculik manusia atau penduduk yg ade di kawasan tu untuk dikaji dan kemudian dibunuh. Sorang demi sorang penduduk diculik oleh alien yg creepy tu.

Well, bagi aku filem ni boleh dikategorikan Gred B atau cume 2 bintang je aku boleh bagi. Permulaan cerita yang agak slow tapi ada 2 or 3 scene yang boleh buatkan kita nak tahu ape yg jadi seterusnya. Ada 3 name besar kat Hollywood yang belakon dlm filem ni iaitu Daniel Craig, Harrison Ford dan Olivia Wilde. Dua pelakon utama lelaki ni kta dah tahu la sape dlm cerita James Bond dan Indiana Jones. tentang pelakon wanita pulak, ala..awek yang berlakon dlm cerita Tron tuh. Manishh awek ni..

"muka matured yang cun!"

Ape yang diharapkan dari filem ni tak smpai sgt walaupun ade 3 orang artis top ni.

Yang best :
  1. Wrist Laser Gun yang gila supercool!!
  2. Daniel Craig, Harrison Ford dan adik manisss Olivia Wilde
  3. Zaman Koboi
  4. Ade nilai2 murni walaupun ianya cerita sci fi action( memerlukan penelitian yg dalam)
  5. Happy Ending
Yang tak Best :
  1. Alien tak cukup creepy-fokus kepada alien biasa je
  2. Effect yg x cukup canggih
  3. Cerita yg agak slow
  4. Action yg kurang
  5. 2 - 2 awek hero mati
Aku cume boleh puji bab nilai2 murni je macam scene Kolonel Dollarhyde (Harrison Ford) disedarkan oleh org gajinya sendiri (orang Indian) tentang respect. Kedua, semangat berjuang dan bersatu padu apabila Cowboy bergabung dengan Puak Indian dan Bandits(perompak) untuk hapuskan Alien ni.
"Aku ade laser gun, korang ade?"

Ok,sekian la komen aku ttg filem ni. Maaflah ini kali pertama aku.

p/s :
Klik untuk download

Friday, August 19, 2011

Terima Kasih


Sahabat adalah seseorang yang sentiasa hadir dan ada untuk kita walaupun kita cuba menjauhinya.