Wednesday, February 1, 2012

Lelah


Alhamdulillah 3 hari aku dah aku tak merokok, Syukur sangat2 diberi ketahanan dibandingkan usaha sebelum ni yang tak sampai sehari aku dah gagal. Aku harap ianya berterusan sehingga aku betul2 hilang ketagihan merokok.

Tak dapat nak nafi, memang lain macam badan aku rasa, lemah dan lesu sangat. Kepala otak aku berdenyut-denyut, ditambah lagi selepas makan memang mintak sap kok lu! Hanya chewing gum yang aku ada untuk hilang ketagihan ni. Dada pula ada kala macam kena cucuk jarum, mungkin ianya kesan2 sementara. Moga2 kuat semangat aku.

Aku berada dalam keadaan yang menghitung hari, menunggu sesuatu persoalan untuk terjawap. Aku juga menunggu satu hari istimewa yang mama aku kira adalah hari terbaik. Entah kenapa dalam kotak fikiran, aku telah setkan hanya sehingga itu aku mampu bertahan. Bertahan...


Aku bagai lelah, semput, asma dan sebagainya lagi. Tidak cukup nafas aku, menahan rindu yang belum pernah aku rasa kan sebelum ini. Tempoh ini, mungkin juga terungkai siapa aku, siapa dia...

Dalam jurang masa ini, mungkin terjawab apa yang aku cari, apa yang aku nanti. Tapi tidaklah aku menunggu bodoh, setipa masa tidak kering mulut ku dengan doa memohon kepada Nya.

Allah berfirman : Barangsiapa yang berdo’a kepada-ku, pasti akan ku-kabulkan, dan siapa yang memohon kepada-ku, pasti akan ku-beri,dan siapa yang mohon ampun kepada-ku pasti akan ku ampuni”. (HR.Bukhari, Muslim, Maliki, Tirmidzi )

No comments: