Thursday, March 31, 2011

Sunyi

"Sigh..."
Aku pandang kanan, aku pandang kiri. Sekali lagi aku mengeluh. Takde sape2 siot. Memang sunyi abes. Sampai bile nak macam ni. Dekat Ofis, tibe je waktu petang. Tinggallah aku tercangak sorang2 dalam makmal ni. Yang ada buat teman PC ni je la. Tunggu sampai pukul 5.

"Vroommmm...."

Aku pecut kereta aku. Sampai rumah macam biasalah, mulakan tugas harian aku. Buka kedai. Dari pukul 6 petang hinggalah ke pukul 11 malam. Sambil meniaga tu, bile time takde orang, ok serius sunyi. Even ada adik2 aku n parent aku. Aku rase macam biasa. Takde ape yang nak excited sgt.

Bila da balik rumah. Deng! One more. Usha kiri kanan, tengok skrin henpon cokia aku. HOHO! Nothing.

"Labu.."

Anak kucing yang baru dibela. Comel. Aku try bermanja2 dengan kucing pon tak jalan. Still rase sunyi. Malah makin kuat. Habis rokok sebatang, aku pun tido. Begitulah esoknya,rutin harian yang same.

Kadang2 sebelum terlena tuh, ade gak terpikir.

"Rupanya lame gile aku tak ucap i love.. "

HOHO! Mood ke arah cintan. Confirm sunyi der. Orang dah biasa ada chenta hati. Tapi persoalannya. Adakah aku sunyi sebab takde awek..?

"Sigh..."
"Eh! xde orang la."

"Ini macam boleh jadi gile aku.."

Maybe bukan sbb xde awek..kdg2 aku ckup ade kawan2. Dah rase ok. And aku baru perasan, sejak arwah pegi social life aku dah hilang bersama dia. And itu membuat aku sunyi dan boring. Tiada lagi huha huha!

Aku just nak someone yang boleh dgr aku caci maki, carut marut, yang satu kepale dgn aku. Ternyata lepas arwah xde sape pon even My KKS. Ade juge try cari yang baru. Maybe im not good enough nak jadi kawan mereka. Aku rindu kawan2 aku. Bukan time bersuka ria saje, malah time susah.

Last week ade gak try mase birthday aku pegi hang out dgn ex mates Poli. Deng. Ianya tak sampai klimaks yang aku inginkan. Masing2 bagai menyimpan sesuatu dalam kotak fikiran.

Aktiviti karoke bagai. Siap pagi tu pegi mandi sungai. tarakkkk!!..tarakkkk!! tak jalan beb.
Padahal aktiviti mandi manda aku paling suke. And still..

"SUNYI"

Motif?

Next Week. Another try. Ke Sarawak pula kali ni. Moh kite tengok boleh blah ke x leh blah.

p/s : Aku rase aku memang ada masalah dengan orang2 gombak.

Friday, March 25, 2011

Terima Kasih

" Tett!!" Tett!!"

Sms masuk. Wish dari Zuraida masuk..biasalah..Selamat hari Jadi awk..bla..bla..bla. Then mase aku nk tido..masuk lagi satu SMS..EkinBaek pulak wish. Ok those are 2 first person yang wish mlm td selain family aku.

Yess..Hari ini birthday aku.

Best ke.?

Oh no. Aku rase biasa2 aja dong. Nothing special.

But something interesting bila aku check email aku pg td. Oh, terharu benar rasenye. HAHA!!


Klik untuk besarkan



Yang ni aku paling teharu.dem!


Aku dapat email wish besday dari laman web yg aku daftar. Sigh.

"Damn.."

Kind of funny..nak tegelak ade..nak emo pon ade.HAHA! Yela, 3 KKS aku tu pon xde wish, tp dapat dari 3 Web yang aku daftar. Eventhough ianya aoutomated service, aku hargai sgt. Sekurang2nya, hey..dorang wish. heee!

Tua sudah aku. Alhamdulillah, masih bernyawa dan sihat walafiat.


p/s : tak sabar menunggu trip ke Sarawak April ini.

Friday, March 18, 2011

Inilah Kisah Sedihku



Terima Kasih Lisa.


Aku mengenali Lisa lebih kurang 2 tahun dulu. Itu pun kerana kawan aku kenalkan aku kepadanya. Bermula sebagai kawan biasa yang,kami mula bertukar nombor telefon. Keluar bersama sama. Semakin lama makin mesra.

Dia seorang yang manis. Aku suka dengan senyumannya. Matanya yang kecil buat Lisa nampk lebih manis.

Setelah beberapa bulan mengenal hati budi masing masing. Aku memberanikan diri untuk menempah tempat di dalam hatinya. Pada saat itu dia memang sudah pun bersedia untuk menerima diriku. Hanya menunggu kata putus dari aku. Aku tak mahu mengecewakannya, dia pernah meluahkan segalanya apa yang dirasakan pada aku. Aku terdiam. Jadi aku membuat keputusan untuk menerimanya.

Bermulalah sebuah kisah sedih dan aku anggap paling tragis dalam hidupku. Kami seperti pasangan lain, keluar makan bersama, bergelak ketawa. Pada masa itu aku serahkan segala jiwa raga aku kepada dia. Berharap mungkin inilah dia. Walau dia bukanlah jenis yang aku suka, tapi aku terima dia seadanya.

Sedikit demi sedikit rahsia hidupnya diberitahu pada aku.

"Saya ni kaki "clubbing", minum arak, hisap rokok..macam macam barang khayal saya pernah rasa."

Aku terdiam sejenak. Inikah dia gadis yang aku kenal..?

"Tapi saya nak berubah,saya nak tinggalkan semua kehidupan lama tu. Saya nak hidup dengan awak..jadi awak buatlah keputusan. Saya faham andai awak tinggalkan saya sebab semua ni."

Aku tersentak lagi. Sukar keputusan yang hendak aku buat, dan yang paling besar rahsianya dia sudah pun kehilangan mahkota sucinya.

Aku berdoa dalam hati. Ya Allah, jika inilah jodoh yang telah kau tetapkan untukku, aku terima dengan seadanya. Jika dia mahu berubah apa salahnya aku membantu. Mungkin ini dugaan untukku. Aku redha.


"Awak, kita bertunang nak bulan 10 ni ?"

"What? cepatnya..tahun depanlah baru ok." Aku memang ada menyimpan niat tapi tidaklah secepat itu.Lagi pun itu bukan perkara main main.

Tapi dia mendesak ingin secepat yang mungkin, takut terjadi benda yang lain. Dipendekkan cerita, aku turuti kemahuannya. Aku berbincang dengan famili aku dan mereka bersetuju. Ikutkan hati aku mahu tangguhkan sehingga tahun depan, tapi cerita Lisa tentang familinya yang sudah bersetuju dan mengenali aku. Aku turuti kehendaknya.

Aku mulalah mengeluarkan wang simpananku untuk membuat persediaan.

Tapi langit tidak selalunya cerah.Tidak sampai sebulan, Lisa tiba-tiba beruba sikap. Dari seorang gadis yang manis kepada seorang yang panas baran. Hari-hari ditegurnya aku,memarahai apa saja yang tidak kena. Dia seperti ingin mengawal segala hidup aku. Itu tidak kena, ini tidak kena.

"Awak! pakai macam tu..macam ni..ayah saya tak suke macam tu..macam ni."

Setiap hari apabila berhubung ada saja yang tidak puas dihatinya. Aku sabar, kerana sayang aku turutkan jua. Apa saja yang Lisa ingin aku ubah, aku ubah.Serentak dan secepatnya!

Perkara itu berlanjutan ke minggu ke- 4 hubungan kami. Tidak kusangka Lisa boleh jadi begini. Aku masih bersabar.

Hinggalah pada suatu hari yang aku amat merinduinya.

"Tett! tett! tettt! tett!"

Pesanan ringkas dari Lisa sampai,

"Awak tak perlulah tunggu saya lagi..saya ada banyak masalah..maafkan saya."

Dalam hati dan fikiran aku bermacam-macam yang bermain.Tertanya-tanya apa semua ini.

Aku turutkan Lisa hingga ke rumahnya. Disana aku berjumpa dengan bapa Lisa yang nampak keliru tidak mengenali aku.

"Pak cik tak kenal la..Lisa tak pernah cerita pun."

Mendengar saja kenyataan itu. Aku memohon maaf dan minta beredar. Lia tiada dirumah kerana sudah seminggu dia tidak duduk bersama ibu bapanya. Dia sudah kerja dan tinggal di tempat lain. Aku hampa sangat. Aku cuba menghubungi Lisa. Pedal minyak kereta aku tekan sedalam yang boleh. Kereta menyusup laju. Ketika itu aku sudah tidak peduli lagi dengan apa yang terjadi. Aku mahukan penjelasan darinya, aku rindu padanya.

"Lisa tak pernah cerita kat Pak Cik.."

Terngiang-ngiang ayat itu dalam fikiran aku.

"Apa semua ni..? Dia tipu aku..?." Mana datangnya idea bertunang kalau famili mereka masih belum mengenali aku seperti yang diceritakan Lisa.

Aku buntu.

"Hello Lisa. saya nak jumpa awak!"

"Tak bolehlah.Saya kat luar ni, nak jumpa kawan."

Aku merayu untuk berjumpa sekejap saja. Tapi rayuan aku tidak diendahkannya. Terus dimatikkannya telefon.

Aku bagai orang gila. Sampai dirumah segala apa yang ada dihadapan, aku terajang, tumbuk. Maki hamun segala kelaur dari mulut aku. Aku tak terkawal lagi perasaan. Segala kesabaran, penerimaan aku sia-sia. Dia buang aku seperti sampah.

Siang malam,setiap saat aku teringat pada dia. Setiap malamaku termimpikan dia. Aku tidak lalu makan dan tidur. Hidup aku terumbang ambing.

Mama dan Papa, membawa aku berjumpa dengan seorang Ustaz memandangkan keadaan aku yang seperti orang gila.Tidak waras!

Bukan seorang Ustaz, malah 3 orang.Semua mengatakan hal yang sama. Aku telah disihir.Aku terkelu.

Pada mula aku tak ingin percaya. Tapi ketiga-tiga menyatakan benda yang sama. Ya Allah, dugaan apa yang telah kau berikan pada aku. Selepas satu datang lagi satu.

Mereka yang mengubati aku, menyuruh aku bersabar dan amalkan apa yang mereka ajar. Segala permberian dari Lisa mereka suruh aku buang.

Setiap masa,setiap saat dan setiap malam aku impikan Lisa. Inikah sihir atau rindu..?

Sejak dari itu aku tidak lagi berjumpa dengan Lisa. Famili aku melarangnya. Aku hanya ada satu perkataan untuk Lisa.

" Mengapa?"

Setelah 5 bulan barulah aku benar-benar pulih dan boleh melupakkan dia. Aku kini meneruskan hidupku. Aku akui kadang-kadang ada teringat pada dia. Tapi tidak tahu adakah rindu atau benci?

Inilah kisah sedih rekaan dari aku. Aku nak tag Ain n Lela.

Friday, March 11, 2011

Client oh Client

Dengan Group Soul Optic Photography di Tg. Karang

Kelmarin aku berjumpa dengan client yang nak menggunakan perkhidmatan group aku untuk wedding dorang. Actually thanks la to capik. Ofismate die..so die rekomenkan aku. The client pon call aku and then kami met up.

Bincang la kami psl harge,album and mcm2 lagi. Dia bawak tunang dia masa tuh.

" I da tengok da artwork u kat facebook tuh..Cantik..i suke sgt.."

Aku mase tuh dalam hati dah melayang2 gembira. hahaha!!


" I suke u punye angle..pandai u main angle..i harap nanti pic i pon lagi cantik "

"Alamak..ni da puji menggunung ni" dalam hati aku.

"Alhamdulillah..lau u da kate cantik and suke..i lagi la teruja..hahaha!!"


Lepas sejam bincang psl pakej sume. Kami pon blah la. Kire jadi la deal tuh. And aku mendapat satu tugasan baru yang mencabar. Dorang nak outdoor selama 3 hingga 4 jam disekitar Putrajaya.

"sigh..."

Tapi xpe la. Aku terima, sebab dia nak fokus outdoor je. Yang lain less kan.

Aku cukup senang dengan client ni yang tanpa byk bicara. Aku and partner akan try la wat sebaik mungkin untuk mereka ni.

p/s : Kalau selalu dapat client camni kan best ..haha!

Wednesday, March 9, 2011

20 Fakta Tentang Wanita


Well, semalam Hari Wanita Sedunia eh. Tapi hari ni baru aku sempat nak wat entri about it. Nevermind la. Aku buat ni pon sebab malam tadi tengok iklan 8tv.

"Fact About Women"

Sebenarnye banyak gak pasal wanita ni yg aku x tahu lagi. So kat sini aku nak share sikit. Nak lebih pegi cari sendiri.

"hehe!!!"

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.....

2. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

3. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5 Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
.
6. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

7. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

8. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

9. Wanita selalu tergolong manusia halus, lembut dan beremosi…jaga-jaga…

10.Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan, tetapi dia tidak bisa melupakannya

11 Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya

12.. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya..

13. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang lelaki.

14. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

15. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

16.. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

17 Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi seorang wanita.

18. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan

19.. Jangan menyalahkan perasaan wanita kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai lelaki.

20.Sesungguhnya wanita paling mudah memasuki syurga dan paling banyak menghuni neraka.

Diambil dari http://kautharjiwa.blogspot.com

p/s : Syurga bawah tapak kaki ibu.

Tuesday, March 8, 2011

Heartache,Header Dan Hujan.


Dah beberapa hari dah berlalu. Aku rase dah ok kot masalah hati aku ni. Sudah berada dalam kawalan..InsyaAllah..

Aku harap2 ok la seh. Dah berapa malam aku dok pikir benda yang same. Mane tak dapat Heartache tuh. Gilak bentak hati aku ni. Memang patut la ada perumpamaan "Ikot hati binasa".
Semalam last mengelamun pasal benda ni.

"Sampai bile nak jadi macam ni..tak boleh blah siot!!"

Malam tadi gak la aku decide.

" Udah2 la tu piz..xyah pikir..wat bebal pale otak je. "

Aku nasihat diri aku sendiri. Then aku capai henpon dan taip SMS. Send. Dengan lafaz bismillah, aku pon tido.

~~~~

Semalam aku bosan ya amat la sangat. Aku godek2 balik blog aku terasa nak buat Header baru,tapi sebelum tu kena jugak tukar template blog sebab kaler mesti da lari dari kaler Header asal. Godek punye godek..

"Cilakak!! "

Aku lupe nak download full template asal. Coding2 dalam tu abes aku da usik. Dah la Coding aku bengap skit.

"Adess...camni kena cari yg standard template la gamaknye.." keluh hati aku.

Itu yang korang tengok template aku cam lahanat je. Betul2 biasa. Nak tak nak aku pakai gak la, nak buat camne.

Hari ni aku try la wat header baru walau idea tak berapa nak mari selonggok dua. Semalam nak buat tak sempat lak. Usha2 jam dah pukul 5 petang.

" Ca Alip But la..."

~~~~

Aku baru nak start motor pagi tadi.

" Alamak...hujan pulak.."

Mengeluh panjang aku. Tak nak aku bawak kereta. Jammed ya amat. Dan memang tipikal malay betul la aku. Dah bertahun kerja x pernah nak beli baju hujan. Hahaha!

Aku duduk termenung kejap sambil pikir ape langkah seterusnya.

Sedar2 aku dah dalam bilik adik aku terbaring.Wahahah!! Mengantuk oi!!

" Apiz...!!! bangun da pukul 8...!! "

Suara mama wat aku tersentak dari lamunan yang cukup indah.

"Adehhh..."

Aku dengan mata yang berat dan badan yang letih hasil dari pasar malam semalam. Aku teruskan jua perjalanan ke tempat kerja. Hujan pon dah berhenti rupanya. Padan la mama aku kejut. Sepanjang jalan mate aku rabak je menahan mengantuk.

Sampai sekolah aku senyum2 manis je...hehe!!

" Aku masuk lambat!! dah pukul 8.45 pagi..kih3..!!! "

Nasib baik bos xde..hehe!.


p/s : Ade client nak pakej murah dah bagi murah banyak songeh plak.

Friday, March 4, 2011

Thursday, March 3, 2011

Mistake

Rase cam syial jek.
Salah ni..sume salah.
Tak patot berlaku.
Tak pernah jadi lagi kat aku camni.
Damn!
Aku x patut start sume ni.
Mengapa la perlu skarang.
Agak2 la..baru je lagi.
Huishh!! xleh blah..


Tapi

Tak leh tahan lak.
Rugi.
Nak buat ape pon xleh gak.
Duk diam pon xleh.
Adess!!!


Khamis Bercelaru

Pagi yang indah..
Hujan renyai2 je..memaksa aku bawa kereta pagi ni...
Akhirnya setengah jam lewat aku masuk ofis..Jammed giler!! Gampang!!
Korang sume x reti bwk motor ke..?Tiap2 hari aku bwk motor..bg can aku bwk kete lak...!!!
Lau sume bwk kete..mampos mcm ni...

Pagi yg mood bercelaru..
Sialan! Syuhh!! Syuhh!! datang lak detik ni..
Ahhh..mane hilang mood ni..buat kerja serba x kena...

Lagu Secret berkumandang kat corong speaker komputer ni..
menambah plak lagi kan...One republic..band yg aku suke dari dulu..
Mula dari lagu Apologize..lagu dorang mmg bestt...

Dada aku 2 minggu ni sakit sgt...
makan x luak..tekak panas je..
nafas tersekat2...
Lelah aku datang balik ke..? xkan la..last aku kena umur 6 tahun kot...
Ni smoking pye psl la ni kot..teruk sgt aku smoking skang..tak terkawal..
Hope.

Malas melayan kerenah di mukabuka dan penyampai Yahoo..
Letih..kerja pon byk ari ni..

Aku teringat SMS Sarl..ex classmate di High School,Kajang dulu..Waktu aku Form 6..

"You have to go through the feeling,
People x pernah tahu the real you,
Have you been talking to your ownself,
kau pernah tgk kau sendiri against diri kau,
tubuh badan tak boleh accept diri sendiri,
There so much thing to figure out in life."


Deeply meaning ayat die...mmg aku salute skit kat die...ayat dia adult version..kdg2 aku sendiri tkut nk sms die..tp lepas sms ni..die buat aku phm..

Betul gak ape die kate..secara x sedar aku sendiri penah buat benda tuh.. to know someone..explore the feeling before judging...malah selalu aku buat begitu...dari semulia2 manusia hingga la seburuk2 kaum..

Against diri aku sendiri..? tak terbilang bape byk kali aku buat..and still keep on trying..Even hakikatnye aku sendiri sedar aku mcm mane..a body that cant accept ownself...Arghhh..damn!!!


Sesi program merepek meraban..
Kosong siot..mulut kate x nk..hati meronta2...
antara iman dan nafsu...
berkali2 memanjat doa mengunci nafsu...
Biasalah syaitan x pernah lekang ade menghasut..

Mood?sbenarnye hati yang x tenteram..
diusik sedikit..punah semua..
mane nak kate kuat iman..Hancussss..

Kawan2..kesian dan marah pun ade aku tgok..
sikit saje ditiup bencana..
mulalah kisah drama slot samarinda...
lumrah manusia...
malah aku sendiri penah laluinya..
Goyah iman..

Hujan pon da berenti..
sejuk smpai ke tulang..
Lagu secret pon da 8 round Play..
Tinggalkan semua angan2 ni..
Pegi wat keje lagi bagus..
Shabara....


As Salam..

p/s : Hargai lah sesuatu,jgn dinilai tapi diteliti..


Wednesday, March 2, 2011

Menjunam...


Semalam aku mimpi...

aku try terbang tinggi2....ble smpai satu tahap..terus jatuh menjunam dengan laju...tp belum sempat terhempas...

Belum ade endingnye mimpi tu bile tersedar..

Tuesday, March 1, 2011

Hakha Terbang


As Salam,

Pagi ni masuk2 opis je terus termelintas dalam otak aku..FLY HIGH!!! and those word keep coming smpai la aku terlelap kat dlm ofis td..hehe..huhhh terukk!! Ape sebab ntah tibe2 perkataan tu merasuki minda aku ni...

Habis semua kat laman sosial aku letak kan status perkataan ni..and lastly blog ni la..aku sendiri pening..hahaha!! Ape jadahnye..mst ade sbb tbe2 aku terpikir perkataan ni..

Selidiklah aku ape puncanya..baru aku teringat..Yesss..last night..sebelum aku masuk tido.....

Aku tak boleh terbang tinggi...bkn sebab aku berat la bungok!!! hahaha!!

its a metafora..it means aku x leh nk berharap jauh tinggi sgt....

Ade orang kate lau terbang tinggi sangat nanti jatuh sakit sangat...tapi lau x terbang tinggi selagi tu la x puas..xtaw ape yg ade kat atas sane...

Back to story last nite..bese la dlm otak sblum tido mst da pikir mcm2....nak yg itu la..nak yg ini la..nk buat camni..nk buat camtu....byk seh!!

Then mase tu la ayat Fly High ni masuk..terbang sgt aku tinggi nanti...tkut jatuh mcm dulu... Waktu jatuh dulu..fuhhh sakit sgt der....nasib baik ade family dan kawan yang bg semangat....

Tapi lepas aku jatuh tu la...aku nk lebih tinggi..lepas jatuh tu la aku dapat mcm2,byk yg aku belajar dan aku tahu...

So camne..patutkah aku fly high lagi..tapi for sure kali ini lebih tinggi dari biasa...and the risk is big also the impact....

Tapi kalau berjaya..a worthless reward...

p/s : Aku belum pernah naik plane pon...