Thursday, June 30, 2011

Permulaan dari Pengakhiran

Lame bha tak ber blogging. Takde idea nak aku karangkan, takde pencetus nak aku olahkan. Well, baru-baru ni aku da baca blog zack zukhairi.blogspot.com.

Aku suka dengan ilustrasi beliau. Then, aku pun berminat nak cuba buat. Tidaklah, aku sehebat beliau yang lebih terer melakar kartun itu. Aku cuba sebaik yang boleh, dan hasilnya barangkali boleh dilihat selepas post ini.

Aku cuba nak ber blogging dengan cara yang baru ala2 blogger boy and saudara zack zukhairi ni. Penghayatan penulisan dan sedikit ilustrasi untuk menambahkan lagi feel ketika membaca.

Tema yang aku buat kali ni mungkin sedikit susah payah, tapi aku suka. Ia dapat mengekspresikan lagi apa yang tersimpan, tersirat dan tersurat dalam gaya yang lebih halus. Tak dapat nak aku lari dari ber blogging ni, mungkin memang dah minat atau pun memang ini saja lah tempat aku meluah apa yang aku nak luah memandangkan aku yang kurang tempat mengadu.

Aku bukan lah baru dalam blogging, rasanya sudah hampir 4 tahun sejak aku mula blogging dan ini rasanya dah masuk blog yang ke 6. Itu semua x penting, yang aku tahu aku suka mengarang ( menaip).


Apa pun, credit to Zackzukhairi.blogspot.com, ya, aku akui aku meniru gayanya. Tapi, penegasan bahawa aku hanya mengambil sedkit dari idea asalnya dan aku olah menjadi cerita dan ekpsresi aku sendiri dalam stail yang berbeza. Insya Allah. Aku sudah pun maklumkan pada dia dan berharap beliau x kisah kerana setiap apa yang aku ambil dari blog nya akan aku kreditkan pada dia.Thanks.

Cukuplah setakat ni. Tunggu je lah post seterusnya.

p/s : sayang sume blog2 aku.

No comments: