Monday, April 18, 2011

Hanya Seketika

Izinkanlah aku menjadi lemah sebentar,
terlalu lama sudah aku tegar
memendam beban, menyekat angan.

Izinkan aku menangis,
terlalu lama sudah aku tahan
menyembunyi resah perasaan.

Kerana terlalu tabah, kerana terlalu kuat,
lemah dan tangisan sudah aku lupakan.

Ajar, tunjukkan aku bagaimana,
kerana aku lupa sifat dan ekspresi itu.

Pedih teramat bila kucuba,
tidak sedetik, tidak setitik.
Aku perlukan seketika sifat manusia itu,
agar hilang, agar lenyap bisikan halus ini.

Biarpun hanya untuk seketika...

No comments: