Thursday, March 31, 2011

Sunyi

"Sigh..."
Aku pandang kanan, aku pandang kiri. Sekali lagi aku mengeluh. Takde sape2 siot. Memang sunyi abes. Sampai bile nak macam ni. Dekat Ofis, tibe je waktu petang. Tinggallah aku tercangak sorang2 dalam makmal ni. Yang ada buat teman PC ni je la. Tunggu sampai pukul 5.

"Vroommmm...."

Aku pecut kereta aku. Sampai rumah macam biasalah, mulakan tugas harian aku. Buka kedai. Dari pukul 6 petang hinggalah ke pukul 11 malam. Sambil meniaga tu, bile time takde orang, ok serius sunyi. Even ada adik2 aku n parent aku. Aku rase macam biasa. Takde ape yang nak excited sgt.

Bila da balik rumah. Deng! One more. Usha kiri kanan, tengok skrin henpon cokia aku. HOHO! Nothing.

"Labu.."

Anak kucing yang baru dibela. Comel. Aku try bermanja2 dengan kucing pon tak jalan. Still rase sunyi. Malah makin kuat. Habis rokok sebatang, aku pun tido. Begitulah esoknya,rutin harian yang same.

Kadang2 sebelum terlena tuh, ade gak terpikir.

"Rupanya lame gile aku tak ucap i love.. "

HOHO! Mood ke arah cintan. Confirm sunyi der. Orang dah biasa ada chenta hati. Tapi persoalannya. Adakah aku sunyi sebab takde awek..?

"Sigh..."
"Eh! xde orang la."

"Ini macam boleh jadi gile aku.."

Maybe bukan sbb xde awek..kdg2 aku ckup ade kawan2. Dah rase ok. And aku baru perasan, sejak arwah pegi social life aku dah hilang bersama dia. And itu membuat aku sunyi dan boring. Tiada lagi huha huha!

Aku just nak someone yang boleh dgr aku caci maki, carut marut, yang satu kepale dgn aku. Ternyata lepas arwah xde sape pon even My KKS. Ade juge try cari yang baru. Maybe im not good enough nak jadi kawan mereka. Aku rindu kawan2 aku. Bukan time bersuka ria saje, malah time susah.

Last week ade gak try mase birthday aku pegi hang out dgn ex mates Poli. Deng. Ianya tak sampai klimaks yang aku inginkan. Masing2 bagai menyimpan sesuatu dalam kotak fikiran.

Aktiviti karoke bagai. Siap pagi tu pegi mandi sungai. tarakkkk!!..tarakkkk!! tak jalan beb.
Padahal aktiviti mandi manda aku paling suke. And still..

"SUNYI"

Motif?

Next Week. Another try. Ke Sarawak pula kali ni. Moh kite tengok boleh blah ke x leh blah.

p/s : Aku rase aku memang ada masalah dengan orang2 gombak.

2 comments:

Aleen Aiden said...

hahah.masalah apekah dgn org2 gombak?haishh..bukan xde yg nak kwn..mungkin xsampai time lagi kot..hu3

EncikDekan said...

ade internal affair skit..haha..maybe la kot..x smpai seru lg..hahah