Monday, July 4, 2011

Dugaan Nya.

Pagi Isnin yang indah, sejuk x payah cakap. Memang terasa sampai ke tulang. Dah memang kalau 120 km/h merembat motor tua aku tu pagi-pagi buta, tahi telinga boleh beku. Badan aku agak lesu hari ni, hasil dari shoot wedding pada sabtu tuh, ditambah dengan berendam beberapa jam di Port Dickson yang dimana aku rasa terbaek sebab dah lama aku x mandi manda mcm tu. Hilang sebentar stress aku bersama dengan air masin tu. Hanyut dibawa ombak, kala itu mencuci-cuci mata melihat keindahan hasil kekuasaan tuhan.

Past 2 weeks, bermacam-macam yang terjadi. Sambil aku menaip pun, 2-3 kali juga mengeluh. Paling aku simpati pada adik aku, kereta pink kesayangannya tu hampir hancur remuk dalam kemalangan. Memang tiada daya aku nak tolong kecuali minta dia bersabar je. Keadaan bisnes pula yang makin merudum kerana kedengkian pesaing-pesaing. Berhadapan pula dengan pihak bank yang tidak putus putus mendesak aku ke jalan yang buntu. Huh, besar sungguh dugaan mu Ya Allah, lepas satu Kau uji lagi satu. Aku redha, dan cuba menghadapinya dengan sebaik mungkin.

Sudah 2 minggu juga la aku menghilangkan diri dari rakan2 dan kenalan aku, termasuk lah kawan2 rapat aku. Aku sendiri tak tahu kenapa aku berbuat begitu, ianya just popped -out dari otak aku.Terus aku buat ape yang patut dan in silence mode. Hakikatnya aku memang merindui mereka dan perlu sokongan dari mereka di saat ini, tapi aku x mahu mereka susah dengan mendengar rintihan aku ni dan aku juga sedar dimana tahap aku pada mereka. Aku tak mengharap.

Ok,otak aku dah blank tiba-tiba yang tadinya penuh idea untu menulis. Aku stop dahulu. Salam.


p/s : 2 minggu yang aku betul2 nampak siapa kawan dan lawan.

No comments: