Wednesday, July 13, 2011

Mendung Awan Kelabu

Last Saturday havoc dengan perhimpunan bersih 2.0 yang dianjur pihak pembangkang, dimana menyusahkan aku dan juga orang ramai. Berapa banyak roadblock aku pun x kire, tapi yang pastinya memang hari tu sumpah seranah gak aku. Habis jammed kat hampir semua jalan menuju ke arah Pusat Bandaraya. Aku yang kebetulan ada job pada ari tu kat Ampang memang terpaksa jugalah tempuh.Kesimpulannya, x salah nak mengekspresikan ketidakpuasan anda secara terbuka di khalayak ramai, tapi janganlah sampai menyusahkan semua pihak dan memalukan negara sendiri. Umpama membuka pekung didada sendiri je aku anggap. We are one big family, macam membuka aib keluarga sendiri. Nampak benor Malaysia x berapa nak aman seperti yang disangka. Well aku x berpihak pada mana2 parti pun sebab aku x minat politik. Bagi aku cukup kau dah laksanakan tugas kau sebagai khalifah dimuka bumi ni, mencuba dan melaknsakan. Terpulang pada pihak mereka untuk sedar atau pun tidak. Akhirat nanti juga ada habuannya. Tak perlulah sampai nak menyusahkan semua orang dan membuat kacau bilau. Enough to say.

Hari ni aku nak story pasal kawan atau sahabat. Aku mempunyai ramai kawan yang tak mahu berterus terang dan mengaku kesalahan apabila berbuat salah. Adakah mulut atau bahasa aku terlalu lancang apabila marah? Aku rasa tidak dan mungkin juga ya. Apa salahnya berterus terang kalau hal tersebut mungkin boleh mendatangkan lagi masalah. Ya, kadangkala kita perlu menipu untuk menjaga hati seseorang, tapi fikir la mana lebih baik atau buruknya. Lebih baik sakit sekarang dari sakit masa hadapan nanti. Aku bercerita ni mungkin ada yang faham, dan bukanlah aku nak baling batu dan menyorok tangan. Mungkin ini je cara yang boleh dia faham kerana dia yang selalu lari dari masalah.

Kita kalau dah berkawan dengan seseorang dalam tempoh yang agak lama pasti faham dengan sifat dan perangai mereka. Seperti jugalah kawan aku seorang ni yang aku paham sangat dah perangainya. Aku diamkan saje lah kerana xnak menambah kusut masalah yang tak terlerai lagi tu. Aku pon tengah banyak masalah nak fikir lagi. So pandai2 la nak setelkan. Kalau mintak tolong, aku cuba tolong.

Minggu lalu jugalah, bertambah lagi masalah aku. Dengan kereta ayahanda aku yang rosak, kereta adinda aku yang eksiden teruk. Keadaan bisnes yang agak suram, masalah dengan pihak perbankan lagi. Banyak yang aku nak pikirkan. Kalau tak cukup atau sejemput iman didada ni memang tumbang dah aku. Kesian pada parent aku, aku bangga mereka tabah menghadapinya.
Enough.

Hari ini 13 Julai 2011, aku buka blog "kau". Dan hampir gugur jantung aku, akhirnya kau pamerkan juga wajah kekasih hati kau yang baru. Tiada apa yang dapat aku katakan sangat. Itu pilihan dan hak kau. Bukanlah aku mengharap kau kembali pada aku cuma aku gembira bercampur perasaan suram sedikit. Aku gembira kerana aku mungkin tidak perlu ambil tahu lagi pasal kau dan aku suram mungkin aku terpaksa membuang terus sekarang segala ingatan aku pada kau. Aku harap kau berbahagia dan aku tidaklah menjadi psycho tidak menerima hakikat kau sudah berpunya.

Aku rindu pada kawan aku yang kecik molek itu, semalam terlihat photo dia teringat kenangan bersama. Jika aku hepi, dialah yang aku cari. Sebab bila dia senyum dan gembira aku senang hati.~

p/s : Dalam hidup manusia ada 3 perkara yang x kan dapat kembali, Masa, Peluang dan Perkataan.

No comments: