Monday, September 5, 2011

Sakit Dada Aku


"Knock! Knock!"

Siti, kerani Ofis aku masuk bilik aku.

"Ni ha, ada surat untuk kau"

Aku pun segera la buka, memandangkan sampulnya besar dan isinya berat. Daripada aku tak tahu. Tapi memang bukan utusan gembira buat aku. Aku kena cepat balik dan selesaikan di rumah. Tekak yang kering buat aku tak banyak bercakap hari ni. Puasa 6 aku hari ni di Syawal yang ke -7 dan pakej aku demam ada skali.

Sampai di simpang lebih kurang lagi 1 kilometer nak smpai rumah.

"Ah! sudah..roadblock.."

Aku berhenti dan buat u-turn, SABAR!! Aku tergolek semasa nak buat pusingan maybe sebab tergopoh gapah. Sudah aku jangkakan pasti lepas semingu raya ni byk roadblock, dan alpanya aku nak menghidupkan cukai jalan motor aku.

Terpaksa aku mengambil jalan yg lebih jauh. Sampai disatu simpang lain,yg agak jauh dari rumah aku. SABAR!!

"Aduhh..roadblock lagi.."

Kali ni perlahan2 aku berhenti dan buat pusingan. Aku hanya mampu sabar, dan terpaksa mengambil jalan yg lebih jauh kali ni. Aku masuk highway.

"Skreeeettttttttt!!!"

Tayar motor aku, bergesel dengan jalan dan pantas aku berhenti. Hampir juga dilanggar oleh kereta belakang kerana berhenti mengejut. SABAR!! Kali ini sekali lagi diduga, rantai motor aku pula putus. Memang menapak la aku menolak motor cari bengkel motor.

Hampir 10 minit, aku membetulkan rantai yg tersekat. Tanpa dibetulkan tayar tak boleh bergerak. Alhamdulilah, ada seorang Hamba Allah berhenti menghulur bantuan dan berjanji menunda aku sampai ke bengkel motor. Amin namanya, terima kasih pada pemuda tu.

Sesudah selesai di bengkel motor, aku teruskan perjalanan aku. Memasuki simpang untuk ke Highway. Dan sekali lagi, Kau tidak berhenti menduga kesabaran aku Ya Allah.
Aku jatuh tergolek lagi sekali dari motor aku. Kali ni kerana jalan berminyak dan aktu itu aku sedang brake nak masuk simpang.

"Macha, ok ka...?"

Ada 2 -3 orang kaum India berhenti membantu . Aku sedar ketika itu lutut aku yg retak dulu kembali sakit, namun aku gagahkan jua untuk bangun sebab aku berada di tgh jln dan xnak menganggu lalu lintas.

Sakit. Itu je yang dapat aku tafsirkan. Walaupun kecederaan aku dan kerosakan motor aku tak seteruk mane. Tapi seperti lutut yg baik dulu kembali retak. Sepanjang jalan aku hanya mampu menahan kesakitan dan bersabar.

Bertimpa-timpa aku diujiNya. Syukur, Alhamdulillah aku masih lgi bernyawa.
p/s : Mcm2 yg terjadi 4 bulan ni..Kuatkan hati ku..

No comments: