Friday, March 18, 2011

Inilah Kisah Sedihku



Terima Kasih Lisa.


Aku mengenali Lisa lebih kurang 2 tahun dulu. Itu pun kerana kawan aku kenalkan aku kepadanya. Bermula sebagai kawan biasa yang,kami mula bertukar nombor telefon. Keluar bersama sama. Semakin lama makin mesra.

Dia seorang yang manis. Aku suka dengan senyumannya. Matanya yang kecil buat Lisa nampk lebih manis.

Setelah beberapa bulan mengenal hati budi masing masing. Aku memberanikan diri untuk menempah tempat di dalam hatinya. Pada saat itu dia memang sudah pun bersedia untuk menerima diriku. Hanya menunggu kata putus dari aku. Aku tak mahu mengecewakannya, dia pernah meluahkan segalanya apa yang dirasakan pada aku. Aku terdiam. Jadi aku membuat keputusan untuk menerimanya.

Bermulalah sebuah kisah sedih dan aku anggap paling tragis dalam hidupku. Kami seperti pasangan lain, keluar makan bersama, bergelak ketawa. Pada masa itu aku serahkan segala jiwa raga aku kepada dia. Berharap mungkin inilah dia. Walau dia bukanlah jenis yang aku suka, tapi aku terima dia seadanya.

Sedikit demi sedikit rahsia hidupnya diberitahu pada aku.

"Saya ni kaki "clubbing", minum arak, hisap rokok..macam macam barang khayal saya pernah rasa."

Aku terdiam sejenak. Inikah dia gadis yang aku kenal..?

"Tapi saya nak berubah,saya nak tinggalkan semua kehidupan lama tu. Saya nak hidup dengan awak..jadi awak buatlah keputusan. Saya faham andai awak tinggalkan saya sebab semua ni."

Aku tersentak lagi. Sukar keputusan yang hendak aku buat, dan yang paling besar rahsianya dia sudah pun kehilangan mahkota sucinya.

Aku berdoa dalam hati. Ya Allah, jika inilah jodoh yang telah kau tetapkan untukku, aku terima dengan seadanya. Jika dia mahu berubah apa salahnya aku membantu. Mungkin ini dugaan untukku. Aku redha.


"Awak, kita bertunang nak bulan 10 ni ?"

"What? cepatnya..tahun depanlah baru ok." Aku memang ada menyimpan niat tapi tidaklah secepat itu.Lagi pun itu bukan perkara main main.

Tapi dia mendesak ingin secepat yang mungkin, takut terjadi benda yang lain. Dipendekkan cerita, aku turuti kemahuannya. Aku berbincang dengan famili aku dan mereka bersetuju. Ikutkan hati aku mahu tangguhkan sehingga tahun depan, tapi cerita Lisa tentang familinya yang sudah bersetuju dan mengenali aku. Aku turuti kehendaknya.

Aku mulalah mengeluarkan wang simpananku untuk membuat persediaan.

Tapi langit tidak selalunya cerah.Tidak sampai sebulan, Lisa tiba-tiba beruba sikap. Dari seorang gadis yang manis kepada seorang yang panas baran. Hari-hari ditegurnya aku,memarahai apa saja yang tidak kena. Dia seperti ingin mengawal segala hidup aku. Itu tidak kena, ini tidak kena.

"Awak! pakai macam tu..macam ni..ayah saya tak suke macam tu..macam ni."

Setiap hari apabila berhubung ada saja yang tidak puas dihatinya. Aku sabar, kerana sayang aku turutkan jua. Apa saja yang Lisa ingin aku ubah, aku ubah.Serentak dan secepatnya!

Perkara itu berlanjutan ke minggu ke- 4 hubungan kami. Tidak kusangka Lisa boleh jadi begini. Aku masih bersabar.

Hinggalah pada suatu hari yang aku amat merinduinya.

"Tett! tett! tettt! tett!"

Pesanan ringkas dari Lisa sampai,

"Awak tak perlulah tunggu saya lagi..saya ada banyak masalah..maafkan saya."

Dalam hati dan fikiran aku bermacam-macam yang bermain.Tertanya-tanya apa semua ini.

Aku turutkan Lisa hingga ke rumahnya. Disana aku berjumpa dengan bapa Lisa yang nampak keliru tidak mengenali aku.

"Pak cik tak kenal la..Lisa tak pernah cerita pun."

Mendengar saja kenyataan itu. Aku memohon maaf dan minta beredar. Lia tiada dirumah kerana sudah seminggu dia tidak duduk bersama ibu bapanya. Dia sudah kerja dan tinggal di tempat lain. Aku hampa sangat. Aku cuba menghubungi Lisa. Pedal minyak kereta aku tekan sedalam yang boleh. Kereta menyusup laju. Ketika itu aku sudah tidak peduli lagi dengan apa yang terjadi. Aku mahukan penjelasan darinya, aku rindu padanya.

"Lisa tak pernah cerita kat Pak Cik.."

Terngiang-ngiang ayat itu dalam fikiran aku.

"Apa semua ni..? Dia tipu aku..?." Mana datangnya idea bertunang kalau famili mereka masih belum mengenali aku seperti yang diceritakan Lisa.

Aku buntu.

"Hello Lisa. saya nak jumpa awak!"

"Tak bolehlah.Saya kat luar ni, nak jumpa kawan."

Aku merayu untuk berjumpa sekejap saja. Tapi rayuan aku tidak diendahkannya. Terus dimatikkannya telefon.

Aku bagai orang gila. Sampai dirumah segala apa yang ada dihadapan, aku terajang, tumbuk. Maki hamun segala kelaur dari mulut aku. Aku tak terkawal lagi perasaan. Segala kesabaran, penerimaan aku sia-sia. Dia buang aku seperti sampah.

Siang malam,setiap saat aku teringat pada dia. Setiap malamaku termimpikan dia. Aku tidak lalu makan dan tidur. Hidup aku terumbang ambing.

Mama dan Papa, membawa aku berjumpa dengan seorang Ustaz memandangkan keadaan aku yang seperti orang gila.Tidak waras!

Bukan seorang Ustaz, malah 3 orang.Semua mengatakan hal yang sama. Aku telah disihir.Aku terkelu.

Pada mula aku tak ingin percaya. Tapi ketiga-tiga menyatakan benda yang sama. Ya Allah, dugaan apa yang telah kau berikan pada aku. Selepas satu datang lagi satu.

Mereka yang mengubati aku, menyuruh aku bersabar dan amalkan apa yang mereka ajar. Segala permberian dari Lisa mereka suruh aku buang.

Setiap masa,setiap saat dan setiap malam aku impikan Lisa. Inikah sihir atau rindu..?

Sejak dari itu aku tidak lagi berjumpa dengan Lisa. Famili aku melarangnya. Aku hanya ada satu perkataan untuk Lisa.

" Mengapa?"

Setelah 5 bulan barulah aku benar-benar pulih dan boleh melupakkan dia. Aku kini meneruskan hidupku. Aku akui kadang-kadang ada teringat pada dia. Tapi tidak tahu adakah rindu atau benci?

Inilah kisah sedih rekaan dari aku. Aku nak tag Ain n Lela.

3 comments:

-zuzu- said...

alamak,cm x sdh je...hahahhaa....tp kesian pd si lelaki itu...huhuhu

e ja r t punye e j a r t suke said...

hahahaha.

Unknown said...

uhukk... uhuk.... mcm.......!!