Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan

Tarikh yang amat bermakna bagi semua orang mukmin, Bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan keberkatan, bulan menghapus dosa dan banyak lagi syafaat bulan Ramadhan ni. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak aku ucapkan pada kawan2 yang mengenali aku dan seluruh umat Islam. eventhough kawan2 aku mungkin xtahu url blog aku yang baru ni aku still nak wish gak, sebab tiap2 tahun dah menjadi kebiasaan aku wish pada dorang melalui SMS atau blog. Cume tahun ini tiada perkhabaran buat mereka dari aku.

Aku? masih macam biasa. Ramadhan ini, mengharapkan sinar baru kembali bercahaya dalam hati ku ini dan terus kekal. Aku rindu cahaya itu, dengan terang suam yang diberi membuat jiwa aku sentiasa tenang dan aman.

Coretan aku pada pagi ini, bukanlah sekadar suka-suka. Tapi melepaskan apa yang terbuku dihati subuh tadi. Pada bulan yang mulia ini lah, aku berhempas pulas melepas kan diri dari cengkaman jiwa yang luka.(bapak poyo ayat). Bulan ini lah aku struggle cuba melupakan ape yang berlaku antara aku dan dia selepas apa yang terjadi antara kami. Sedar x sedar cukup setahun dah perkara itu yang aku anggap paling tragik dalam hidup aku setakat ni.

Semuanya bermula malam tadi dalam mimpi aku. Aku tak tahu kenapa setiap perkara yang berlaku dalam hidup aku selalunya masuk dalam mimpi. Nak dikatakan aku terfikir pada dia x gak, tapi aku teringat pas tu. Ini 1 Ramadhan dan kebetulan bulan yang sama perkara itu terjadi. Dia hadir dalam mimpi aku memberikan senyumannya yang cukup aku puja dan menambah lagi resah kat hati aku ni. Tak nak la aku full story apa yang berlaku dalam mimpi tu. Cume dia kembali pada aku. Sesuatu yang x mungkin akan berlaku.

Bulan ini, tahun ini masih aku cuba melepaskan diri dari belenggu ni. Moga Allah s.w.t ampunkan dosa2 aku dan diberi kekuatan untuk terus sujud kepada Nya.

p/s : Transfomasi sedang berlaku.

No comments: