Friday, August 26, 2011

Belum Lagi

Senyap sunyi pagi ini,
bagai ada yang x menentu, xkeruan di hati.
Sesekali terasa pedih dan sakit,
seperti ada luka yang belum pulih.

Nafas ku tak seperti biasa,
tersekat-sekat dan sesekali kencang.
Fikiran ku melayang,
pada satu tempat di dalam memori.
Ye, itu mungkin.

Saat nak aku luahkan pun,
pedih diiring nafas.
Menyingkap kembali cerita dahulu.

Perginya Nur Hidayah tinggal ku sendiri,
pertama kali aku mengenal cinta dalam sunyi.
Datang Nor Khairuniza mengubat duka,
Tapi sayang tiada yang kekal selamanya.

Dek terpaut pandang pertama,
Rozmuzahida ku sayangi,
mungkin tiada tekad dihati,
tiada jodoh hilanglah janji.

Hadir kasihnya Nor Dalila,
mungkin kerana usia setiap insan perlukan cinta,
Tapi paksinya berlandaskan dosa,
jua terkubur tiada bermakna.

Rosmawati indah namanya,
Cuba ku sayang cuba ku cinta,
Sayang hati sudah menjadi gelap gelita.
maafkan diri ku kerana terpaksa.

Bertuahnya rasa Fatin menjelma,
menerima apa jua seadanya.
Kasih dan sayang ikhlas padanya,
tapi juga ketentuan itu bukan hak kita.

Sekali lagi ku cuba jadikannya,
Nor Fazlinda menjadi sebab kuatnya,
Kasih bukan kepalang sayang tidak ku dusta.
Sekali lagi aku hanya mampu mencuba.

Tekad hati dari Noor Erniesya,
Terfikir inilah akhirnya,
Gembira hingga ketahui keluarga.
Tapi hakikat belum lagi hadir masanya.

p/s : Memang wajib berhenti smoking dah ni.

No comments: