Wednesday, August 18, 2010

Si Merah



Wahai si merah,
Coretkanlah lembaran yang baru,
Hiasilah dengan warna yang lebih merah hingga hilang hitam itu.
Pilih jalan yang baru,
Langkahlah dengan teguh tanpa menoleh.

Aku tahu kau berpura dan terpaksa,
Kerana Tuhan pun tahu.
Jangan kau cabar kuasaNya,
Terimalah dengan sabar.

Jangan sesekali kau hilang percaya itu,
kelak hilang separuh iman mu.
Jika sakit Jika perit,
Tadahkan tanganmu memohon.

Seringkala dia datang,
kau diamkan tuturmu merah,
Zikir dan Istighfar penguat diri mu.
Tuhan pun tahu pilihan mu itu.

Sabar dan redha,
Jika kau pegang padanya kelak kau bahagia.


p/s : Belum cukup pulih dan kuat.

No comments: