Wednesday, January 4, 2012

Kerja dan Ketenangan.


Aku mulai sibuk mencari ruang2 pekerjaan part time, belek sana sini jika ada peluang untuk aku buat duit lebih. Aku tak tahu kenapa aku mulai bosan dengan photography sedangkan hasilnya tidaklah mengecewakan, tambahan aku mula nk berjinak2 dengan videography. Sejak dari dulu, bila sesuatu benda tu dah ramai yang suka, mesti aku x suka.Mungkin itulah yang terjadi agaknya.

Mencari kerja part time,sinonim lah dengan azam baru aku untuk mengumpul duit bagi perkahwinan aku.Insya Allah, siang malam aku panjatkan doa agar dipermudahkan urusan aku. Soal jodoh, aku letak pada nombor 2.Zaman sekarang ade duit baru boleh jalan. Tapi bukan lah menolak ketentuan ilahi, lau da jodoh, Alhamdulillah.senang kerja aku. hehe!!

Bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang ada sekarang, tapi faktor zaman sekarang memaksa aku untuk berusaha lebih.Tidak salah pun kan? Yang untung diri sendiri, asalkan aku di landasan yang betul dalam mencari rezeki, aku percaya ada hasilnya.

Malam ini, sesudah solat, mood aku kembali ke arah satu perkara. Aku sentiasa memanjatkan doa agar diberi ketenangan. Aku selalu sangat terfikir tentangnya dan buat kepala semak.Adoi~

Aku takut aku tak boleh menerima kenyataan jika ianya terjadi sedangkan aku yakin ianya pasti terjadi.Allah hualam, aku hanya insan biasa yang boleh merasa dan mengagak. Segalanya ketentuan Ilahi. Oleh sebab itu aku pohon diberi ketenangan sebelum aku perlu menghadapi kenyataan itu.

Setakat ini, Alhamdulillah aku masih lagi boleh berdiri menerima hakikat kerna ianya belum berlaku. #SATUHARINANTI.

p/s : Opick - Rapuh ~ lagu yang indah.

No comments: