Wednesday, January 4, 2012

Sekolah, anak, dan rokok.


Hari ni hari pertama aku bekerja ditahun baru, melihat gelagat murid2 baru Tahun 1 buat aku tersenyum.Al maklumlah,aku kerja di sektor pendidikan.Ada yang menangis ada yang riang gembira, saban tahun ada je gelagat baru. Aku tersenyum juga terfikir bila masa aku sendiri mempunyai anak. Aku tersenyum juga teringat kenangan lalu pada aku mula2 menjejaki alam persekolahan. Aku tidak menangis, tapi amak suka. Tapi yang lucunya hari pertama sekolah aku salah masuk sekolah.

Pada hari pertama,aku daiajar untuk naik bas sendiri tanpa ditemani sesiapa. Itu yang buat aku salah turun sekolah. haha!! Mama dan abah jadi risau la,anak dorang x smpai2 ke sekolah yang betul sebab dorang dah tunggu kat sane.Satu memori yang mereka masih ingat hingga sekarang.

Kini aku dah pon bekerja, dan mempunyai keinginan untuk mempunyai anak sendiri. Bagaimana rasanya mempunyai anak sendiri. Mungkin rasanya sama seperti aku menjaga adik2 aku ketika dorang kecil. Menolong mama menjaga mereka, membuatkan susu, menghenjut buaian, berjaga di tengah malam dan sudah tentu memandikan dan membersikan *berak* dorang. haha!! ok seriyes busuk! hahaa!

Mungkin naluri kebapaan aku sudah tiba sbelum masanya. Aku tahu aku akan menyayangi anak ku itu sepenuh hati, akan kua ajar dia segala apa yang diperlukan. Bila aku balik kerja aku akan bermain dengan nya. Bila dia menangis malam, aku akan berjaga untuknya sampai dia tidur dan buatkan susu untuknya. Dia cahaya hati aku.

Haha! dan tidak semena - menanya mood aku berubah macam ni. Tahun baru ni mood aku agak bersepah, macam2 yang bermain di hati dan kotak fikiran. Maybe ada yang berkata ini *emo*. Tapi tidak bagi aku, ianya adalah expresi dan luahan aku, bagaiama aku meluahkannnya. Setiap manusia mempunyai perasaan begitu cuma berbeza caranya.

Oh ye, aku sedang menghabiskan kotak rokok aku yang terakhir, tinggal sebatang je lagi. Aku nak sambung azam tahun lepas. BERHENTI MEROKOK! Insya Allah. Aku berhenti sebab aku dah berazam nak jadi yang lebih baik kan.

Aku juga berhenti sebab aku sayang dia. Aku tak tahu kenapa bila ada dengan dia, aku rasa dekat dengan tuhan, aku menjadi seorang yang lebih baik. Jadi aku mahu ianya berkekalan walau pun dia dah takde nanti dengan aku.Insya Allah.

p/s : Perasaan Cinta,Kasih,Sayang dan Rindu itu datang dari Allah s.w.t.

No comments: