Thursday, January 5, 2012

Keseimbangan


Pagi tadi selepas brekfast, seperti biasa aku dan Ustaz Makbul akan duduk kejap ambil angin sebelum memulakan kerja. Tiada bual - bual yang kosong jika aku bersembang dengan Ustaz Haji Makbul ni. Sedang2 duduk tu, aku terdetik hati nak minta nasihat tentang calon yang aku berkenan pada beliau. Aku minta beliau beri sedkit tunjuk ajar bagaimana dengan pilihan ku itu, adakah sesuai atau tidak.

Memang seperti mereka yang berilmu selalu cakap, Isthikarah itulah jalannya. Tapi ada add on daripada beliau.

" Kita ni lelaki, haruslah menjadi ketua, tunjukkan kaum hawa ni yang betul. Hawa ni diperbuat daripada tulang rusuk Adam. Tulang rusuk yang bengkok, jadi pandai2lah kita hendak meluruskannya. Janganlah diluruskan dengan terlampau keras juga janganlah terlampau lembut. Pandai2 lah bawak diri dan cari keseimbangan itu. Manusia ni tak suka disuruh, tapi boleh ditunjuk."


Itulah sedikit sebanyak nasihat yang diberinya pada aku, apabila aku menyatakan hasrat aku.Ya! aku setuju dengan nasihatnya. Nasihat itu pon keluar selepas aku katakan tentang sifatnya seseorang yang aku berkenan.

Keseimbangan dan keserdahanaan,itulah yang aku perlu cari dan perlu ada. Dari apa yang yang dikatakan beliau, mungkin "gadis" itu tidak sesuai bagi aku. Tapi hanya Allah yang tahu maka Isthikarah lah jalannya.

Memang aku berkenan dengannya, tapi memandangkan sifat kami yang jauh berbeza. Mungkin juga aku tidak dapat mengawalnya, jadi aku perlu sesuatu yang aku boleh tunjuk agar "dia" dapat "dikawal". Itu pun jika aku masih mahu kan dia.

Soal hati ni, susah nak diperkatakan. Semua rasa sayang,kasih cinta itu datang dari Allah s.w.t, jadi kepada DIA jugalah kembalinya.



Lepas mendapat nasihat camtu, aku memang tidak tahu perlukah aku teruskan usaha aku atau lupakan saja hingga masa menentukan.Tapi lumrah manusia, memang tak boleh nak sabr sikit walau pon aku memamng seorang penyabar. Insya Allah aku akan buat Isthikarah. Moga2 Allah tunjukkan ape yang terbaik buat aku.Amin.

p/s : Jalan yang kelam mulai terang.

No comments: