Sunday, January 29, 2012

Soalan



Andai kau bertanya,
kenapa aku mencintai kau?

Tiada pujian menggunung aku boleh beri,
tiada puitis syahdu boleh aku karangkan.

Aku cinta kan kau kerana Dia.

Setiap kali aku labuhkan rindu aku pada mu,
semakin kuat rindu aku pada Dia.

Setiap kali aku pahatkan cinta pada mu,
semakin kuat cinta aku pada Dia.

Kau buat aku makin kuat mengingati Dia.
Kau buat aku makin kuat mencintai Dia.

Bila aku rindu pada mu,
aku duduk di sejadahku memuji Dia.
aku beritahu pada Dia tentang rasa rindu ku.

Bilamana kau melupakan dan menjauhiku,
aku tadahkan tangan pada Dia mendoakan mu,
aku luahkan rasa hati agar Dia permudahkan urusan aku.
aku hajatkan agar kau rasa rindu dan cintaku.

Aku ingin menjadi lebih baik,
Di jalan Nya, di sisi mu.
Insya Allah.

No comments: